awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Fernandes puji krew kabin pesawat AirAsiaX D7237

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
28/06/2017
02:17 MYT
Tony Fernandes puji krew kabin pesawat AirAsiaX D7237
Katanya, daripada maklum balas yang diterima, pengumuman yang dibuat oleh kapten juga membantu menenangkan penumpang.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes, memuji anak-anak buahnya yang terbabit dalam insiden pesawat D7237 bergegar dan terpaksa berpatah balik ke Perth.
Dalam satu kemas kini status di akaun Facebook, beliau menyifatkan krew penerbangan, diketuai Kapten Ibrahim, telah melakukan tugas yang cemerlang apabila berjaya membawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi.
Status berkenaan mungkin ada kaitan dengan kritikan yang diterima syarikat penerbangan itu susulan insiden berkenaan.
Kata Fernandes, sebahagian media melemparkan tuduhan yang tidak berasas hanya kerana AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah, sehingga melupakan jasa besar krew penerbangan.
"Apabila sebuah pesawat mengalami kegagalan enjin, tindakan bijak daripada juruterbang dan krew diperlukan. Saya bangga dengan mereka," tulis Fernandes.
Beliau juga memaklumkan, daripada maklum balas yang diterima, pengumuman yang dibuat oleh kapten juga membantu menenangkan penumpang.
Dalam kejadian Ahad lalu, pesawat yang dalam perjalanan dari Perth ke Kuala Lumpur, bergegar dengan kuat kira-kira sejam setengah selepas berlepas, dan terpaksa berpatah balik.
Pesawat selamat mendarat di Perth tiga jam selepas berlepas.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Kuala Lumpur
#penerbangan
#Perth
#pesawat
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan