MALAYSIA

Tony Fernandes tunai janji, tiket percuma ke Bangkok

Hamzah Hamid 12/12/2014 | 05:17 MYT
Tony Fernandes tunai janji, tiket percuma ke Bangkok
Pengguna media sosial tempatan yang masih bercakap tentang kehebatan skuad bola sepak negara bukan sahaja menzahirkan perasaan bangga dan gembira mereka sepanjang hari ini di susur masa Twitter, malah ternanti-nanti tentang apakah yang dimaksudkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam tuitnya.

Malam tadi, pasukan Harimau Malaya berjaya membenam Vietnam dengan jaringan 4-2 di Stadium My Dinh, Hanoi.

Sebelum perlawanan berakhir, ini yang ditulis oleh Tony menerusi akaun Twitternya kira-kira jam 8 malam semalam:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tuit tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai yang ternanti-nanti apakah kejutan yang bakal dilakukannya, sebagai hadiah kepada penyokong setia skuad Harimau Malaya.

Pada pukul 10 pagi ini, Tony melalui Twitternya menjawab pertanyaan ramai berhubung perkara itu.

Beliau menyatakan bahawa akan memberikan lima tiket percuma kepada penyokong skuad negara dengan gaya pakaian atau kostum terbaik Harimau Malaya. Selain itu, pihak Tony juga menyatakan bahawa kos penginapan di Tune Hotels di Bangkok akan dibiayai.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sehingga kini, pengguna Twitter sudah mula membalas tuit Tony dengan pelbagai aksi dan ragam unik.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malaysia akan menentang Thailand dalam perlawanan final di Bangkok pada 17 Disember dan pusingan kedua pada 20 Disember di Stadium Shah Alam.

Kenyataan rasmi berhubung tawaran tiket penerbangan dan penginapan percuma dari pihak AirAsia akan menyusul.
#AirAsia #bola sepak #harimau Malaya #penyokong #Tony Fernandes