KUALA LUMPUR:Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) diarah melakukan saringan COVID-19 ke atas 2,263 pekerjanya yang tinggal di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah berkenaan bagi mengelak penularan wabak tersebut di kawasan komuniti.
"Sebelum ini, mereka ada asrama pekerja lelaki serta perempuan dan rumah yang disewa di kawasan yang dikenakan PKPD tetapi ramai juga pekerja tinggal di tempat lain. Jadi kita sudah arahkan syarikat buat saringan kepada pekerja ini dan dikuarantin.
"Penduduk di kawasan sekitar tidak perlu bimbang sebab pekerja Top Glove disaring dan ditempatkan di pusat kuarantin," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata kesemua pekerja Top Glove yang positif COVID-19 dihantar ke hospital manakala yang negatif dikuarantin di hotel yang telah ditetapkan iaitu Hotel Gold Coast, Kelang Sentral dan stadium di Pandamaran.
Bernama
Wed Nov 25 2020

Penduduk di kawasan sekitar tidak perlu bimbang sebab pekerja Top Glove disaring dan ditempatkan di pusat kuarantin. -Gambar/ Astro AWANI

"Antara hidup dan mati.." Imam Abdul Karim Omar kongsi keperitan COVID-19
Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar berkongsi detik menginsafkan selepas disahkan positif COVID-19.

KPM syorkan guru ubahsuai cara PdPR bagi kekang masalah internet dan peranti
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibab Abdul Rahim, pihaknya mengambil maklum mengenai cabaran tersebut dan melakukan penambahbaikan bagi pelaksanaan pembelajaran tahun ini.

Ramai pelajar dah sampai ke asrama, namun tidak diwajibkan pulang semula ke rumah
Jelas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, pihaknya tidak mewajibkan pelajar tersebut untuk pulang ke rumah dan sebaliknya boleh tinggal di asrama dengan jagaan pihak kementerian pendidikan.

Masih dengan ketetapan, pelajar tidak perlu buat ujian saringan - KP Pelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia masih dengan ketetapan, pelajar atau pihak pengajar tidak perlu menjalani saringan Covid-19 Jika mahu menduduki peperiksaan atau pulang ke asrama dan kampus.

Pas mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU15 - Hadi
Pas mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional 'bergabung' semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi - Tengku Zafrul
Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

COVID-19 | Halimah Mohamed Sadique positif COVID-19
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Dakwaan wanita, anak dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM disiasat - Dr Noor Hisham
KKM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

Ahmad Said dan isteri positif COVID-19
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.

Top Glove selar TV Kanada atas laporan mengelirukan
Top Glove berkata laporan tersebut dengan sengaja memandang ringan atau tidak memasukkan langkah-langkah pemulihan terkini yang telah diambil.

Pengawal keselamatan Top Glove berada pada tahap akhir jangkitan ketika dimasukkan ke hospital - KKM
Lelaki warga Nepal berkenaan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi paru-paru kesan jangkitan COVID-19.

Keuntungan saham perbankan, Top Glove lonjakkan bursa untuk ditutup tinggi
Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.86 mata untuk ditutup pada 1,654.39.

Top Glove dijangka buka semula operasi kilang di Klang dalam masa dua hingga tiga minggu
Top Glove Corporation Bhd dijangka membuka semula kesemua 28 kilang pengeluarannya di Meru, Klang dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Top Glove catat untung bersih RM2.38 bilion pada suku pertama
Top Glove sekali lagi catat prestasi kewangan bersejarah apabila keuntungan bersihnya mencecah paras tertinggi bagi suku pertama berakhir 30 Nov, 2020.

Bursa Malaysia pulih daripada kerugian minggu lepas, dibuka tinggi pagi ini
Para peniaga berkata, prestasi yang ditunjukkan oleh bursa ini didorong oleh persekitaran luar yang positif serta kembalinya kegiatan membeli ketika harga murah di pasaran tempatan.

Jabatan Tenaga Kerja buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove
Syarikat itu didapati tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Selangor jalankan saringan komuniti di Meru Rabu ini
Saringan akan dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berhampiran dengan asrama pekerja syarikat Top Glove.

Kerajaan nafi ada perjanjian rahsia dengan Top Glove
Pekerja hanya akan dibenarkan bekerja apabila saringan kedua menunjukkan keputusan negatif.

Bursa Malaysia teruskan peningkatan ketika dibuka pada sesi awal dagangan pagi ini
Perkembangan positif selepas Belanjawan 2021 diluluskan telah menyerapkan keyakinan yang lebih tinggi terhadap pasaran Malaysia dengan FBM KLCI melonjak melepasi paras psikologi 1,600 semalam.