KUALA LUMPUR:Top Glove Corporation Bhd mengesahkan bahawa 17 kes dalam kalangan pekerjanya, mewakili kurang daripada 0.1 peratus daripada jumlah tenaga kerja kumpulan yang seramai 21,000, diuji positif COVID-19 sejak Januari 2020.
Dalam satu kenyataan, pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata pekerja yang terjejas tidak menunjukkan gejala dan kebanyakan mereka tidak demam.
Mereka telah diasingkan setelah ujian sapuan (swab) diambil pada Isnin, dan semenjak itu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan selepas keputusannya menunjukkan positif.
Pembersihan rapi dan kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh di kilang yang terlibat, kuarters tempat tinggal dan kenderaan syarikat telah dijalankan mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan, katanya.
Pada masa sama, menjejaki kontak sedang dijalankan dan pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pekerja terbabit telahpun diuji dan diarah kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan.
"Tidak ada impak kepada operasi Top Glove. Kami ingin mengulangi bahawa keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan rakan luaran amat penting kepada kami, dan kami telahpun melaksanakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) bagi membantu membendung penularan virus ini," katanya.
Untuk maklumat lanjut, boleh layar laman web di https://www.topglove.com/covid-19-preventive-measures/.
- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 05 2020

Pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata pekerja yang terjejas tidak menunjukkan gejala dan kebanyakan mereka tidak demam. - Gambar fail BERNAMA

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.

JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara 2020
Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

10 kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
Dua kluster dikesan masing-masing di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, sementara masing-masing satu kluster di Labuan, Melaka, Pahang dan Johor.

Vaksin COVID-19: KKM lakukan penilaian risiko susulan kematian di Norway - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan arahan itu susulan kematian 23 individu berusia 80 tahun ke atas di Norway selepas disuntik vaksin COVID-19 buatan Pfizer-BioNTech.

Jangkitan COVID-19 di Indonesia melonjak lepasi angka 14,000
Jangkitan COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan, selepas merekodkan kes baharu melepasi angka 14,000 kes untuk tempoh 24 jam.

Pemimpin UMNO terlampau memikirkan diri sendiri - Ku Li
Beliau berpendapat sikap sebegini tidak seharusnya disebatikan dalam tugas sebagai pemimpin masyarakat.

Tidak perlu bimbang isu keberkesanan, keselamatan vaksin COVID-19
Membuka tirai tahun 2021, pastinya dunia menyimpan harapan agar penularan pandemik COVID-19 dapat ditamatkan, sekali gus membolehkan masyarakat menikmati kehidupan seperti biasa.

COVID-19: Hampir 83 juta kes positif dicatat penghujung 2020
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 82.47 juta berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

297 individu ingkar arahan PKP ditahan - Ismail Sabri
Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan 297 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Vaksin COVID-19: Laporan penilaian berkala perlu ada dalam perjanjian - Pakar
Ia amat penting supaya penilaian dari semasa ke semasa dapat dilakukan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

PLUS jangka trafik meningkat 30 peratus semasa Krismas, tahun baharu
Jumlah trafik di lebuh raya utama dijangka meningkat hingga 1.7 juta kenderaan pada waktu puncak setiap hari berbanding 1.3 juta pada hari biasa.

Jururawat warga AS individu pertama disuntik vaksin COVID-19
Petugas kesihatan di Pusat Perubatan Long Island menjadi individu pertama untuk diberikan suntikan vaksin pertama selepas Amerika Syarikat (AS) meluluskan kegunaan vaksin melawan COVID-19, pada Isnin.