awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Total lockdown': Bank Negara beri jaminan bank akan beroperasi

Bernama
Bernama
31/05/2021
15:23 MYT
'Total lockdown': Bank Negara beri jaminan bank akan beroperasi
BNM memberi jaminan bahawa bank-bank akan tetap beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan bermula 1-14 Jun. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memberi jaminan bahawa bank-bank akan tetap beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan bermula 1-14 Jun.
Bank pusat dalam ciapan di laman Twitternya hari ini berkata orang ramai digalakkan untuk merancang keperluan tunai mereka bagi mengurangkan pergerakan ke cawangan bank atau mesin ATM.
"Manfaatkan penggunaan dalam talian yang disediakan sebaik mungkin (sebagai contoh perbankan Internet) bagi urus niaga yang cekap, pantas dan terjamin," kata BNM.
Pada Jumaat, Majlis Keselamatan Negara (MKM) memutuskan untuk mengetatkan pelaksanaan PKP yang dilaksanakan sekarang dengan lebih banyak sekatan ke atas sektor ekonomi dan sosial.
Aktiviti ekonomi yang dibenarkan unuk terus beroperasi termasuklah perniagaan makanan dan minuman, utiliti, pengangkutan, perbankan, e-dagang dan telekomunikasi merangkumi perkhidmatan media, telekomunikasi dan pos.
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan cawangannya di seluruh negara akan beroperasi menerusi temu janji hanya bermula 2 Jun sehingga pemberitahuan selanjutnya, manakala sebahagian daripada cawangan akan ditutup sementara untuk menyokong usaha kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19.
Bank itu dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah-langkah tersebut akan memastikan pengurusan orang ramai yang lebih baik di cawangan dan mengurangkan potensi menyebaran virus seboleh mungkin dalam usahanya untuk melindungi keselamatan pelanggan dan kakitangannya.
"Pelanggan yang ingin membuat temu janji boleh berbuat demikian secara dalam talian menerusi Maybank EzyQ di aplokasi MAE dan lawan web Maybank2u," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#sekatan pergerakan penuh
#PKP diperketat
#perintah kawalan pergerakan
#bank
#COVID-19
#total lockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan