KUALA LUMPUR: Bermulanya sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' fasa 1 pada 1-14 Jun 2021, sub sektor pengangkutan dan logistik dibenarkan beroperasi secara optima.
Menurut Kementerian Pengangkutan, semua pihak berkepentingan, pengguna dan pekerja dalam sektor pengangkutan dan logistik hendaklah sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Berikut adalah perincian bagi kenderaan persendirian:
1) Pemandu dan penumpang (dua orang)
- Hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian tanpa mengira kapasiti kenderaan.
2) Kapasiti tiga termasuk pemandu
- Tiga termasuk pemandu hanya dibenar bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan.
Ini senarai perincian bagi teksi dan kenderaan e-hailing:
1) Pemandu dan penumpang (dua orang)
- Hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa tanpa mengira kapasiti kenderaan. Penumpang hendaklah duduk di tempat duduk belakang.
2) Kapasiti tiga orang termasuk pemandu
- Tiga termasuk pemandu hanya dibenar menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan.
Ini pula senarai aktiviti-aktiviti yang dibenarkan bagi pengangkutan awam:
1) Kapasiti penumpang 50 peratus
- Semua pengendali pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penumpang 50 peratus
2) Syarikat penerbangan dikecualikan
- Syarikat penerbangan dikecualikan berikutan peratusan penumpang sedia ada adalah rendah
3) Frekuensi atau kekerapan
- Semua pengendali dibenarkan untuk menentukan frekuensi atau kekerapan perkhidmatan masing-masing secara optimum untuk mengelakkan kesesakan di terminal, platform dan stesen-stesen
Institut latihan
- Susulan penularan wabak COVID-19 yang masih melanda negara, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di institut sekolah memandu, latihan udara dan maritim tidak dibenarkan beroperasi
Faris Danial Razi
Mon May 31 2021
Semua pengendali pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penumpang 50 peratus. - Astro AWANI
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.