awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Total Lockdown': Sarawak belum putuskan ikut kerajaan pusat atau tidak - Uggah

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
29/05/2021
07:35 MYT
'Total Lockdown': Sarawak belum putuskan ikut kerajaan pusat atau tidak - Uggah
Jelas Uggah, Sarawak akan melihat dan mengkaji SOP kerajaan persekutuan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan melaksanakan total lockdown. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengkaji garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilaksanakan di seluruh negara berkuat kuasa 1 Jun ini.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Embas ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Menurut Uggah, persoalan sama ada Sarawak ikut sama melaksanakan ‘total lockdown’ ia akan ditentukan kelak.
“Kita akan melihat dan mengkaji SOP kerajaan persekutuan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan (melaksanakan lockdown),” katanya menerusi pesanan ringkas.
Semalam Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan 'total lockdown' fasa pertama selama dua minggu sehingga 14 Jun ini di seluruh negara.
Semalam Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,Sarawak kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Sabtu, tetapi tidak melaksanakan 'total lockdown' kepada sektor ekonomi dan sosial seperti yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
BACA: Sarawak kekal PKP, tidak 'lockdown' sektor ekonomi dan sosial
Kerajaan Sabah pula telah menyatakan pendirian menyambut baik 'total lockdown' seperti yang diputuskan MKN untuk dilaksanakan di negeri berkenaan.
BACA: Sabah sambut baik 'total lockdown', sektor dibenar beroperasi diumum dalam waktu terdekat
Topic Berkaitan
#total lockdown
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#Astro Awani
#Datuk Amar Douglas Embas
#Majlis Keselamatan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan