awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism giat jadikan Johor Bahru destinasi pilihan pelancong Singapura

Bernama
Bernama
25/02/2024
10:28 MYT
Tourism giat jadikan Johor Bahru destinasi pilihan pelancong Singapura
Sharil Nizam Abdul Rahim (empat, kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Johor Bahru Central Bussiness District (CBD) Heritage Walk di Sungai Segget, di sini hari ini. - Bernama
JOHOR BAHRU: Tourism Johor akan terus mempergiat usaha bagi menjadikan negeri itu khususnya bandar raya Johor Bahru, sebagai destinasi pilihan utama pelancong dari Singapura.
Pengarah Tourism Johor Sharil Nizam Abdul Rahim berkata antara inisiatif akan dilaksanakan ialah menyusun pakej-pakej pelancongan menarik seperti aktiviti meneroka sejarah di negeri berkenaan.
Beliau berkata usaha itu dilakukan bagi menjadikan Johor sebagai lokasi penginapan dan bukan sekadar lokasi perhentian untuk membeli-belah warga republik berkenaan.
"Sebenarnya memang akan ada langkah-langkah inisiatif daripada Tourism Johor untuk pelancong Singapura, sepertimana yang kita maklum, mungkin ada yang mengatakan mereka ini hanya jadikan bandar ini sebagai pit stop.
"Kita akan ambil langkah supaya mereka datang dan menginap di Johor. Misalnya, ada bangunan-bangunan ikon berkemungkinan jika kita buka dan menyusun jadual perjalanan menarik, akan menyebabkan mereka duduk (bermalam) di Johor," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Johor Bahru Central Business District (CBD) Heritage Walk di Legaran Segget di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha Tourism Johor menarik pelancong dari Singapura, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai lokasi pelancongan utama dan bukan sekadar perhentian untuk membeli-belah.
Sharil Nizam berkata kejatuhan nilai ringgit juga memberi peluang kepada Tourism Johor untuk meningkatkan lagi usaha merancakkan sektor pelancongan negeri.
"Kadang-kadang kita fikir mata wang kita jatuh, kita rasa macam, mengapa nilai mata wang Ringgit Malaysia begini kan?
"Sebenarnya, pada saya, itulah kelebihan untuk kita, gunakan sebaik mungkin, kita buat promosi lagi dekat luar, biar orang datang ke Johor termasuk untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di sini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor Bahru
#pelancong
#Singapura
#heritage walk
#Tourism Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan