awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Malaysia anjur jelajah 'Truly Malaysia' pikat semula pelancong

Bernama
Bernama
14/09/2022
20:12 MYT
Tourism Malaysia anjur jelajah 'Truly Malaysia' pikat semula pelancong
Tourism Malaysia telah menetapkan sasaran baharu iaitu 9.2 juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan resit pelancongan berjumlah RM26.8 bilion tahun ini. - Gambar hiasan/Facebook/Tourism Malaysia
KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia menerusi pejabatnya di Rusia, Uzbekistan dan Turkiye kini menganjurkan Jelajah 'Truly Malaysia' bagi menarik semula pelancong ke Malaysia.
Tourism Malaysia dalam kenyataan berkata jelajah itu bermula di Moscow, diikuti Tashkent, Almaty dan Istanbul mulai 12 hingga 20 Sept ini.
Jelajah tersebut menyediakan platform untuk kedua-dua pihak penjual dan pembeli tempatan untuk mengambil bahagian dalam sesi padanan perniagaan (B2B) dan pembentangan produk untuk menghidupkan semula industri pelancongan dan menghubungkan semula pelancong, selain mewujudkan rakan kongsi baharu bagi meningkatkan peluang merangsang kedatangan pelancong ke Malaysia.
"Antara tarikan utama ialah kepelbagaian kaum dan budaya Malaysia, yang menghasilkan satu legasi yang 'bercampur-aduk' namun harmoni, yang ditonjolkan dalam perayaan, seni bina, pakaian, bahasa, masakan dan lain-lain aspek kehidupan harian.
"Walaupun dua tahun sebelum ini sangat mencabar, kami gembira memaklumkan bahawa Malaysia telah melepasi sasaran awal dua juta ketibaan pelancong antarabangsa sejak pembukaan semula sempadan antarabangsa kita," kata Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof pada sesi pertama jelajah itu di Moscow dalam kenyataan itu.
Beliau berkata Tourism Malaysia telah menetapkan sasaran baharu iaitu 9.2 juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan resit pelancongan berjumlah RM26.8 bilion tahun ini.
Menurut kenyataan itu, Malaysia telah melonggarkan prosedur kemasukan untuk pengembara yang divaksinasi penuh iaitu mereka tidak perlu menjalani kuarantin dan ujian saringan COVID-19 prapelepasan dan ketika ketibaan, serta tidak memerlukan insurans perjalanan sebagai prasyarat memasuki negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tourism Malaysia
#jelajah Truly Malaysia
#Rusia
#Uzbekistan
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan