NEW DELHI: Tourism Malaysia akan mengadakan jerayawara di enam bandar raya di India pada bulan ini, untuk menarik pengunjung dari bandar raya utama yang lain.
Kempen itu bermula dari Amritsar di Punjab pada 14 Ogos dan berakhir di Kochi di Kerala pada 25 Ogos.
Lokasi lain ialah Lucknow di Uttar Pradesh, Nagpur dan Pune di Maharashtra serta Goa.
"Pasaran India terus menunjukkan prestasi yang baik dalam usaha kami untuk memulihkan pelancongan, dengan India merupakan antara negara tumpuan dalam semua aktiviti promosi Tourism Malaysia.
"Kami sedang berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari bandar-bandar utama yang lain. Jerayawara ini merupakan satu daripada kempen pemasaran pelancongan utama kami tahun ini," kata pemangku pengarah pejabat Tourism Malaysia di New Delhi, Akmal Aziz.
Malaysia menyasarkan untuk menarik 462,000 pengunjung dari India pada 2023.
Tourism Malaysia telah menyertai pelbagai acara industri pelancongan di India tahun ini, termasuk pameran SATTE (South Asia Travel and Tourism Exchange), India International Travel Mart (IITM), Travel Wedding Show 2023 dan PATA Annual Summit and Adventure Mart 2023.
Pada Mei, Tourism Malaysia menganjurkan lawatan suai kenal untuk pemain golf India ke Sabah bagi mengetengahkan negeri berkenaan sebagai antara destinasi permainan golf.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Malaysia menyasarkan untuk menarik 462,000 pengunjung dari India pada 2023. - Gambar fail/Facebook
Mahmoud Abbas hubungi PM Norway, zahir penghargaan iktiraf Palestin
Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin.
Duta Norway, Sepanyol, Ireland dimarahi Israel kerana iktiraf Palestin
Keputusan tiga negara itu iktiraf Palestin dianggap sebagai ganjaran kepada Hamas, kata Kementerian Luar Israel.
Olahraga Para Dunia: Ammar Aiman bolot pingat gangsa
Ammar menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan catatan 48.16s untuk menggondol pingat gangsa.
MPI sedia beri latihan kepada korporat tingkat kerjasama dengan media
Yong berkata, pihak korporat ingin memahami kehendak media dalam pelaporan berita bagi mendapatkan liputan yang meluas.
Inflasi dijangka tidak meningkat walaupun rasionalisasi subsidi dilaksanakan - Ambank Research
Inflasi Malaysia dijangka tidak meningkat walaupun rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kata AmBank Research.
TMK 2024: Kerajaan Kelantan tarik kedatangan pelancong menerusi program B2B
Setakat ini program B2B berkenaan melibatkan kerjasama di antara agensi pelancongan Kelantan dan lebih 50 agensi pelancongan seluruh negara.
Lelaki maut, motosikal terbabas masuk parit di Changkat Jong
Di lokasi kejadian, bomba dapati sebuah motosikal terbabas dan seorang mangsa berumur 38 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
China labur lebih RM19.4 bilion terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade
Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia mencuri perhatian pengunjung di Malaysia Travel Escapade 2024 yang dianjurkan buat julung kalinya di Suntec City Mall dari 12 hingga 14 April.
Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia
Kerjasama antara negeri perlu bagi meningkatkan pembangunan pelancongan yang seimbang, sekali gus menarik kehadiran pelancong di seluruh negara.
Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia P Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari China.
'Mai ke Perlis!' Usaha pikat hati pencinta eko-pelancongan antarabangsa terus dipergiat
Perlis ketengah identiti destinasi eko pelancongan unggul bagi menarik kedatangan pelancong dan ia disemarakkan dengan pelbagai kerjasama.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Tourism Malaysia berhasrat bekerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan
Tourism Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa dan agensi pelancongan.
Manoharan ganti Ammar sebagai Ketua Pengarah Pelancongan
Bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia baharu.
MyCEB jangkakan lebih 270 acara pada 2024
Pada tahun lepas, Malaysia menjadi lokasi bagi penganjuran 253 acara merangkumi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran pelancongan.
Tourism Malaysia jangka lebih ramai pelancong Indonesia tahun ini
Tourism Malaysia menjangkakan kedatangan lebih ramai pelancong dari Indonesia tahun ini, sempena kempen melawat negeri 2024 di Melaka, Kelantan, Perak dan Perlis.
Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam
Batik Air melebarkan sayapnya menerusi laluan baharu ke Batam, Indonesia dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula Jumaat lalu.