PUTRAJAYA: Tourism Malaysia sedang berusaha untuk memperkuatkan lagi kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa untuk menerima lebih ramai pelancong antarabangsa dari Asia Barat ke Malaysia, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zainuddin Abdul Wahab.
Beliau berkata pihaknya pada masa ini mempergiatkan lagi usaha pemasaran mereka untuk menarik lebih ramai pelancong dari Asia Barat dengan mengadakan jerayawara di Iran, Oman dan Qatar dari 13-21 Mei bersempena pembukaan semula sempadan negara.
"Dengan kita mengalu-alukan lebih ramai pengembara Asia Barat kembali ke Malaysia, ia masa yang sesuai untuk kami memperkuatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabansa seperti Qatar Airways, Oman Air dan Mahan Air, yang menawarkan penerbangan terus ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Zainuddin, yang mengetuai jerayawara itu berkata program itu membawakan bersama mereka pemain industri termasuk, agen pelancongan, pengusaha hotel, pemilik produk, badan pelancongan negeri dan pemain industri perubatan ke bandaraya Tehran, Muscat dan Doha.
"Selain daripada sesi penerangan dan penyampaian rasmi berkaitan industri pelancongan Malaysia, rakan perdagangan pelancongan daripada pasaran Asia Barat juga berpeluang untuk menghadiri 'travel mart' dan makan malam untuk mengadakan kerjasama baharu dengan rakan-rakan dari Malaysia," katanya.
Beliau berkata pengembara dari Asia Barat mendominasi perbelanjaan pelancong lima tertinggi di Malaysia dari segi perbelanjaan per kapita, selain merekodkan purata tinggal di negara berbanding pelancong daripada pasaran lain.
Bermula 1 Mei 2022, pegembara yang telah menerima vaksinasi penuh tiba di Malaysia tidak lagi perlu untuk melakukan ujian prapelepasan COVID-19 dan ketika tiba, termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah, selain mereka yang telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia.
Insuran pelancongan juga tidak menjadi prasyarat untuk warga asing memasuki Malaysia. Mengenakan pelitup muka di kawasan terbuka adalah pilihan tetapi masih diwajibkan di kawasan tertutup, termasuk di pusat beli belah, pejabat, pengangkutan awam dan kenderaan e-panggilan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022

Beliau berkata pengembara dari Asia Barat mendominasi perbelanjaan pelancong lima tertinggi di Malaysia dari segi perbelanjaan per kapita. - Gambar fail/Tourism Malaysia

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar AS memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat.

Niaga AWANI: Segera batalkan pengharaman eksport ayam
Sekatan eksport ayam ke Singapura hanya akan menyebabkan kehilangan pasaran sedia ada sekiranya ia berlanjutan, seterusnya merugikan negara ini, kata Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng.

Niaga AWANI: Korporat | DNeX sumbang kepakaran pembangunan teknologi ke Turkiye
Dagang NeXchange Berhad (DNeX) melalui anak syarikatnya, SilTerra Malaysia Sdn Bhd memeterai perjanjian persefahaman bersama Tuyar, sebuah syarikat teknologi di Turkiye dalam usaha membangunkan ekosistem semikonduktor di negara itu. Pengarah Urusan Kumpulan DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pihaknya akan membantu dari segi pembangunan teknologi selain berkongsi kepakaran pembangunan semikonduktor.

Jiwa SME | Juadah tradisional Burasak tembusi pasaran serantau
Memasarkan perniagaan dalam platform digital merupakan langkah terbaik buat usahawan makanan tradisional Burasak di Johor bagi meraih perhatian pelanggan. Biarpun negara dibelenggu COVID-19 selama dua tahun, namun perniagaan Mohammad Khazin Ahmad masih dapat bertahan apabila dia banyak menerima tempahan menerusi Facebook dan WhatsApp.

Perlu ada solusi jangka panjang tangani kos sara hidup rakyat - Young Syefura
Beliau berkata, ia bukan sahaja memberi kesan kepada golongan B40, sebaliknya turut memberi kesan sama kepada M40 dan juga T20.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas T

COVID-19: Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Kesemua penduduk di sembilan daripada 16 daerah di bandar itu perlu melakukan ujian saringan dua kali iaitu pada Selasa dan Khamis.

Tourism Malaysia anjur jerayawara di Korea Selatan tingkatkan ketibaan pelancong
Promosi Minggu Malaysia akan diadakan di Pulau Nami, sambil beberapa sesi 'travel mart' diadakan di Busan, Daegu, Gwangju, Daejon.

Tourism Malaysia lancar Pelan Pemulihan Pelancongan 2022
Pelan pemulihan itu adalah kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) dan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

Tourism Malaysia perkuat kerjasama dengan penerbangan antarabangsa tarik pelancong
Tourism Malaysia mempergiatkan lagi usaha pemasaran untuk menarik lebih ramai pelancong dari Asia Barat.

Malaysia sedia sambut pengembara pelayaran susulan pembukaan penuh sempadan
Tourism Malaysia berkata ia juga sebahagian usaha negara mempromosi pelancongan pelayaran serta menarik lebih ramai pengusaha kapal untuk berlabuh di Malaysia.

ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia.

Industri pelancongan negara bernafas semula
Lapangan terbang di seluruh negara menerima 119 penerbangan pada hari pertama pembukaan semula sempadan negara 1 April lalu.

Pembukaan sempadan lonjak sektor pelancongan, domestik tetap 'nyawa' industri
Pembukaan semula sempadan negara menjadi satu detik signifikan kepada industri pelancongan negara.

Promosi pelancongan Malaysia guna strategi pemasaran bersesuaian - Nancy
Pegawai Tourism Malaysia (TM) yang ditempatkan di luar negara perlu memainkan peranan mempromosikan sektor pelancongan Malaysia dengan menggunakan strategi pemasaran yang bersesuaian.

Jom pakat mai Penang!
Budaya dan warisan sememangnya menjadi elemen utama bagi industri pelancongan di sini, khususnya salasilah Peranakan dan tinggalan kolonial.

Tourism Malaysia dan GoPro lancar video Dream Malaysia
Dream Malaysia' merupakan kempen yang mengetengahkan tarikan-tarikan ekopelancongan dan pelancongan desa.