Tourism Malaysia dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) pada Sabtu melancarkan pakej percutian istimewa bagi tahun 2020 dengan sasaran 92.8 juta pelancong tempatan sepanjang tahun hadapan.
Pelancong domestik ini dijangka membelanjakan sejumlah RM76.9 bilion semasa melancong di dalam negara.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata jumlah sasaran itu menunjukkan peningkatan 8.9 peratus berbanding anggaran 85.2 juta pelancong domestik tahun ini.
"Kerjasama terbaharu dengan MAS akan membantu mengukuhkan lagi usaha mempromosi pelancongan domestik, terutama bagi Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020)," katanya semasa berucap di majlis pelancaran Pakej Cuti-cuti Malaysia dengan MHholiday di Sunway Putra Mall, di sini pada Sabtu.
"Pelancongan domestik sentiasa menjadi tulang belakang industri pelancongan kita. Jenama Cuti-cuti Malaysia telah berkembang dan menyerap nilai budaya bercuti di kalangan rakyat Malaysia, di samping mengubah pandangan ramai mengenai percutian domestik," tambahnya.
"Adalah diharapkan bahawa dengan kempen Tahun Melawat Malaysia, bersama dengan sokongan kritikal dari pemain-pemain industri seperti MAS, kita akan berjaya mencapai sasaran kehadiran 30 juta pelancong antarabangsa, dan mendapat perolehan RM100 bilion dengan kehadiran mereka," tambahnya lagi.
Katanya pakej-pekej itu juga selaras dengan misi Tourism Malaysia untuk merangsang pertumbuhan pelancongan domestik di Malaysia.
Beliau turut berharap rakyat Malaysia akan mengambil peluang daripada tawaran istimewa MHholidays untuk meneroka dan menikmati alam semulajadi, seni dan budaya negara.
Sementara itu Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata mulai 30 November sehingga 9 Disember. MHholidays akan menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi hotel dan penerbangan terpilih, di seluruh destinasi domestik MAS bagi perjalanan segera sehingga 31 Mac 2020.
Ahmad Luqman berkata pekej-pakej yang ditawarkan membenarkan pelancong menikmati penginapan satu malam dengan pembelian pakej penginapan empat malam di hotel-hotel terpilih.
"Kolaborasi ini jelas mempamerkan komitmen MAS bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan dan menawarkan tempat tarikan yang menawan serta unik negara.
"Sempena pelancaran hari ini, MHholidays akan menawarkan diskaun hebat bagi tempahan hotel dan tikir-tiket penerbangan, di samping penginapan satu malam percuma di lebih 120 hartanah di Malaysia," katanya.
Destinasi Penerbangan Malaysia yang sedang dipromosi ketika ini termasuk Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, Labuan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Kuantan, Sibu, Bintulu, Miri, Sandakan, dan Tawau.
Mereka yang berminat boleh melayari laman web holidays.malaysiaairlines.com
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Langkawi merupakan salah satu destinasi Penerbangan Malaysia yang sedang dipromosi ketika ini. - Gambar hiasan
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.
'Belajar di awan biru', Pusat Pendidikan Berterusan UM perkenal akses dalam kabin Malaysia Airlines
Hasil inisiatif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, kini orang ramai boleh mengakses pembelajaran di mana sahaja termasuk di dalam pesawat.