DREBAR

Toyota diiktiraf sebagai jenama automotif paling bernilai

Astro Publication 02/06/2015 | 06:00 MYT

Toyota telah diiktiraf sebagai jenama automotif paling bernilai mengikut tinjauan yang dilakukan oleh syarikat penyelidik pasaran Milward Brown. Pencapaian ini adalah untuk tahun ke-lapan secara berturut-turut sejak sedekad lalu.

Megikut laporan yang dinamakan BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands 2015, Toyota mempunyai nilai yang melebihi USD37.6 bilion.

Laporan ini adalah berdasarkan temuramah sehingga dua juta pengguna di dalam 30 buah negara; dan dikatakan kemajuan Toyota di dalam bidang hibrid adalah penyumbang utama kepada kejayaan ini.

Toyota adalah pengeluar pertama di dunia yang menghasilkan kenderaan hibrid secaar besar-besaran dengan pelancaran model Prius pada tahun 1997. Sejak itu, penjualan model hibrid Toyota dan Lexus di seluruh dunia sudah melebihi tujuh juta unit.

Kini, syarikat gergasi ini sudah pergi ke peringkat seterusnya setelah melancarkan model Mirai, kenderaan hidrogen pertama untuk kegunaan ramai. Jualan di Jepun sudahpun bermula, dan akan dieksport ke Eropah dan Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Honda di tempat keempat, di atas Ford. Yang agak menarik adalah Renault tidak tersenarai di tempat sepuluh teratas, walaupun Nissan ada di tangga ke-6. Mungkin Nissan akan timbulkan hal ini kepada kerajaan Perancis?

Lain-lain syarikat yang tersenarai di dalam kedudukan sepuluh teratas adalah:
Syarikat Nilai (USD ‘000)
1 Toyota 28,913
2 BMW 26,349
3 Mercedes-Benz 21,786
4 Honda 13,332
5 Ford 13,106
6 Nissan 11,411
7 Audi 10,127
8 Volkswagen 9,283
9 Land Rover 4,987
10 Lexus 4,329
# #Toyota