Astro Publication
Tue Oct 07 2014
Akhirnya, penat lelah pelajar-pelajar sekolah yang terlibat di dalam pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) sudah menampakkan kesan. Kami elak dari menggunakan perkataan ‘tamat’ kerana TEY adalah lebih dari sebuah pertandingan, ia sebuah usaha berterusan untuk membentuk masa hadapan – untuk murid-murid berkenaan dan masyarakat – yang lebih baik.
Di dalam pelaksanaanya bagi tahun ke-14, TEY yang mula dianjurkan pada 2001 kini sudah melebarkan sayap ke 200 buah sekolah seluruh negara, dengan melibatkan 1,500 orang pelajar. Sejak 2011, program berkenaan mula melibatkan lebih ramai pihak di dalam penganjurannya, seperti majlis kerajaan tempatan, korporat, pemimpin komuniti, media tempatan, peniaga dan penduduk setempat.
Serentak dengan majlis itu, sebuah pameran turut dianjurkan oleh sekolah yang terlibat yang menjelaskan projek-projek yang telah mereka usahakan. Jelas sekali bukan sahaja kerja yang dilakukan memberi kesan positif kepada masyarakat, tetapi ia dilakukan dengan metodologi yang teratur dan sekaligus mendidik mereka kepada budaya kerja ideal di alam pekerjaan kelak.
Bagi kami, ada penyertaan yang agak klise dan ada juga yang kreatif serta memberi penyelesaian kepada masalah besar. Kesamaan antara mereka adalah kesemuanya memerlukan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak selain guru dan sekolah.
Awal tahun ini, pelajar dan guru yang mengambil bahagian dihantar untuk mengikuti kursus Kaedah Penyelesaian Masalah 8-Langkah Toyota (sebuah pendekatan yang diamalkan oleh pekerja-pekerja UMW Toyota untuk mengenal pasti dan menyelidik sebarang masalah yang dihadapi), yang antara lain boleh dilaksanakan di dalam apa juga keadaan berkaitan permasalahan alam sekitar.
Terpancar kegembiraan apabila pemenang-pemenang bangkit untuk mengambil hadiah mereka; bukan sahaja daripada murid-murid, tetapi daripada guru-guru mereka. Namun, sebenarnya, semua yang menyertai adalah pemenang – hadiah yang diterima hanya sekadar satu pengiktirafan ringkas oleh pihak penganjur. Bagi penduduk setempat yang mendapat manfaat daripada projek yang mereka usahakan, tidak kira di Sarawak, Johor, Labuan, Kedah taupun di mana sahaja di Malaysia, kesemua mereka akan berterima kasih kepada kerja para peserta TEY yang menghadiahkan masa hadapan yang lebih baik.
TEY adalah salah satu daripada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh UMW Toyota Motor yang melibatkan alam sekitar. Turut dilakukan adalah mendedikasikan bulan Jun untuk kesedaran kepada alam sekitar terhadap semua staf, selain penanaman pokok. Setakat ini UMW Toyota sudah menanam hampir 15,000 pokok di pelbagai lokasi sejak 2008.
(Klik sini untuk mengetahui antara projek yang dijalankan bagi TEY 2014, termasuk daripada pemenang keseluruhan, SMK Hamzah 2 di Machang, Kelantan)
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Toyota Eco Youth 2014 selesai
Setelah 14 tahun, kualiti penyertaan bertambah bagus dan begitu juga hasil projek. Inilah daya usaha generasi pelapis negara
Projek peserta semakin hebat
Tema cabaran Toyota Eco Youth tahun ini adalah Collaboration for change ataupun ‘Kerjasama untuk perubahan.’