DREBAR
Toyota SpongeBob

Pelbagai cara digunakan untuk mempromosi filem terbaharu Hollywood, tidak kira filem sebenar ataupun animasi. Lihat sahaja Toyota Sienna di sini, yang jelas sekali bakal digunakan untuk promosi filem The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water yang akan keluar pada 6 Februari 2015.

Kerjasama diantara Toyota dan Nickelodeon menghasilkan efek 3-dimensi pada van Sienna ini, termasuk lingkaran di atas kereta ini yang betul-betul boleh menghasilkan buih. Bahagian dalaman pula mendapat inspirasi daripada kehidupan SpongeBob di dunia kartunnya – termasuk papan kemuka kemasan kayu, lantai efek pasir dan stereng seperti kemudi kapal.
Macam-macam!
Boboiboi atau Upin & Ipin pun patut ada kereta macam ni!
