[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DREBAR

‘Toyota WOW Road Tour’ khas untuk hujung minggu ini

Astro Publication 29/05/2015 | 08:18 MYT
Toyota WOW Road Tour akan diadakan di tapak letak kereta B Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini (30-31 Mei 2015) di mana pengunjung akan berpeluang untuk memandu uji model-model Toyota yang ada. Dengan berbuat demikian, anda juga layak untuk memenangi salah satu daripada 100 unit iPad Mini 16GB yang akan dihadiahkan.
Paling menarik adalah peluang untuk menjadi penumpang ketika sebuah Toyota 86 atau Vios TRD Sportivo keluar untuk memberikan pertunjukkan pemanduan ‘drift’. Selain itu, pengunjung juga boleh memandu uji model Hilux menerusi laluan berhalangan yang disediakan.
Semua yang melalui pengalaman pandu uji ini juga berpeluang untuk memenangi baucar membeli belah bernilai RM500.
# # UMWT #Toyota