MALAYSIA
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada tiga pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, yang berjaya meraih pingat emas di Olimpiad Robot Antarabangsa ke-27 (IRO 2025) di Gold Coast, baru-baru ini. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada tiga pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor yang berjaya meraih pingat emas di Olimpiad Robot Antarabangsa ke-27 (IRO 2025) di Gold Coast, Australia, baru-baru ini.
Ringkasan AI
Beliau berkata kemenangan murid berkenaan dalam Kategori Idea Kreatif (Tingkatan Rendah) menerusi ciptaan robot 'rover' bukan sahaja membanggakan, malah membuktikan bahawa anak-anak Malaysia, termasuk dari desa memiliki bakat dan potensi besar untuk bersaing pada peringkat global.
"Tahniah saya ucapkan kepada tiga pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor atas kejayaan luar biasa mereka merangkul pingat emas di IRO 2025, baru baru ini.
"Ia satu pencapaian yang membanggakan dan wajar dijadikan inspirasi kepada generasi muda untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Insya-Allah," katanya menerusi hantaran menerusi X hari ini.
Menurut laporan berita tempatan, Malaysia menghantar 15 pelajar Orang Asli daripada lima sekolah rendah untuk mewakili negara dalam IRO 2025.
Dalam pertandingan berprestij itu, ciptaan robot 'rover' yang direka khusus untuk mengkaji permukaan planet Marikh oleh tiga pelajar berkenaan merangkul tempat pertama bagi Kategori Idea Kreatif, sekali gus menewaskan peserta daripada 15 negara lain.
Selain pingat emas, pasukan Malaysia turut membawa pulang satu pingat gangsa bagi Kategori Kreatif Teknikal Junior.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada tiga pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor yang memenangi pingat emas di Olimpiad Robot Antarabangsa ke-27.
- Kemenangan pelajar Orang Asli ini membuktikan bakat dan potensi besar anak-anak Malaysia, termasuk dari kawasan desa, untuk bersaing pada peringkat global.
- Malaysia menghantar 15 pelajar Orang Asli daripada lima sekolah rendah untuk mewakili negara dalam IRO 2025, dengan ciptaan robot 'rover' meraih tempat pertama di Kategori Idea Kreatif.