TPM Ahmad Zahid seru rakyat waspada musim Monsun Timur Laut

Ahmad Zahid mengingatkan penduduk di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa berwaspada terhadap amaran cuaca serta mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim Monsun Timur Laut yang kini melanda beberapa negeri. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan penduduk di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa berwaspada terhadap amaran cuaca serta mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim Monsun Timur Laut yang kini melanda beberapa negeri.
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid mengingatkan penduduk berisiko banjir supaya sentiasa waspada terhadap amaran cuaca musim Monsun Timur Laut.
- Episod hujan lebat diramal melanda Kelantan dan Terengganu bulan ini, dengan ramalan lebih hujan di beberapa negeri pada bulan hadapan.
- Kerajaan dan agensi berkaitan seperti NADMA dan MetMalaysia telah mengambil langkah awal untuk kesiapsiagaan sepanjang musim monsun demi melindungi keselamatan rakyat.
"Kerajaan melalui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara), MetMalaysia dan semua agensi penyelamat akan memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik sepanjang musim monsun ini. Utamakan keselamatan," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.
Berdasarkan infografik yang turut dikongsi pada hantaran sama, episod hujan lebat dijangka melanda Kelantan dan Terengganu sepanjang bulan ini, manakala hujan lebat turut diramal berlaku di Kelantan, Sarawak, Sabah dan Terengganu bulan hadapan.
Setakat ini, satu pusat pemindahan sementara telah dibuka di Bachok, Kelantan, susulan banjir akibat hujan lebat sejak semalam.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

