MALAYSIA

TPM: Bantuan dapat diteruskan jika BN terus perintah

Astro Awani 22/01/2013 | 23:22 MYT
Pelbagai bentuk bantuan rakyat dapat diteruskan jika rakyat memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi transformasi negara membolehkan segala bentuk bantuan disalur kepada rakyat secara berkesan.

Antaranya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dapat membantu lebih empat juta isi rumah di seluruh negara, selain bantuan persekolahan RM100.

Tambahnya, bantuan berkenaan boleh diberikan dalam skala lebih besar pada masa depan bergantung kepada peningkatan pendapatan ekonomi negara.

Beliau sebelum itu menghadiri jamuan tengahari di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Malik di Paya Rumput, Melaka.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan persekolahan dan sumbangan pembinaan dewan serta surau.
#Bantuan Rakyat 1Malaysia #Barisan Nasional #Melaka #Tan Sri Muhyiddin Yassin