awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Fadillah tiba di Moscow untuk lawatan kerja lima hari

Bernama
Bernama
25/06/2025
02:30 MYT
TPM Fadillah tiba di Moscow untuk lawatan kerja lima hari
Timbalan Perdana Menteri Fadillah tiba di Moscow pada Selasa, bagi memulakan lawatan kerja lima hari di Rusia. - Gambar Facebook Fadillah Yusof
MOSCOW: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Moscow pada Selasa, bagi memulakan lawatan kerja lima hari di Rusia.
Ketibaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada 7.20 malam waktu tempatan itu disambut Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai.
Turut berada di Rusia ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.
Semasa lawatan itu, Fadillah dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau Alexei Overchuk.
Mesyuarat tersebut akan disertai Timbalan Menteri Tenaga Rusia, Evgeny Petrovich Grabchak dan Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi, Vladimir Ilichev.
Timbalan Perdana Menteri juga dijadualkan mengadakan lawatan teknikal ke Loji Janakuasa Nuklear ROSATOM di St Petersburg bagi meninjau teknologi nuklear terkini dan piawaian keselamatan antarabangsa.
Selain itu, beliau turut mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pengarah ROSATOM, Alexey Likhachev bagi memahami lebih mendalam landskap institusi, teknikal dan peraturan dalam pembangunan tenaga nuklear Rusia.
Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri akan diakhiri dengan Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Rusia.
Timbalan Perdana Menteri berada di Rusia hingga 28 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri
#Fadillah Yusof
#lawatan kerja
#Mohamad Alamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan