awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Fadillah ucap tahniah kepada juara dunia biola

Bernama
Bernama
15/08/2023
05:21 MYT
TPM Fadillah ucap tahniah kepada juara dunia biola
Kepulangan Imran disambut meriah oleh keluarga, rakan-rakan, guru dan ahli ADUN Bukit Assek Joseph Chieng di Lapangan Terbang Sibu, semalam. - Foto Twitter Fadillah Yusof
SIBU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar Imran Azim Iskandar atas kejayaannya muncul juara kategori klasik pada pertandingan biola Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di Amerika Syarikat.
Beliau berkata kejayaan pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek di sini, merupakan sejarah yang menjadi kebanggaan buat Sarawak dan Malaysia.
"Bakat dan dedikasi cemerlang Imran sememangnya memberi inspirasi serta menjadi contoh kepada golongan anak muda," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya malam tadi.
Timbalan perdana menteri berkata pencapaian Imran Azim adalah bukti bakat, kemahiran dan kerja keras luar biasa anak kelahiran Sibu itu.
Imran Azim turut meraih pingat perak kategori karya kontemporari dan asli, serta memenangi gangsa dalam kategori jazz dan terbuka dalam pertandingan yang diadakan di Anaheim, California dari 28 Julai hingga 6 Ogos lepas.
Tahniah Imran Azim Iskandar kerana mencipta sejarah dengan memenangi kategori klasik pada pertandingan biola World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat! pic.twitter.com/T4KOUfI5tL
— Fadillah Yusof (@PetraJayaMP) August 14, 2023
Kepulangan Imran disambut meriah oleh keluarga, rakan-rakan, guru dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng di Lapangan Terbang Sibu, semalam.
Ketika ditemui pemberita, Imran berkata pertandingan itu amat mencabar dan mengakui sangat gementar melihat persembahan peserta lain.
"Tetapi sebaik naik ke pentas, saya rasa saya boleh melakukannya. Lakukan bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi keluarga, masyarakat dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#juara dunia biola
#Imran Azim Iskandar
#WCOPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan