awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga

Bernama
Bernama
17/04/2024
23:30 MYT
TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga
Ahmad Zahid mengucapkan takziah kepada Arthur sekeluarga ketika hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup yang meninggal dunia malam tadi. - Foto Facebook Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri serta barisan Jemaah Menteri merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup serta keluarga atas pemergian Tan Sri Joseph Kurup, yang meninggal dunia semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam hantaran di Facebooknya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada Arthur sekeluarga dalam menghadapi ujian itu.
"Semoga segala kenangan dan kasih sayang yang dikongsi bersama sahabat baik saya, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, menjadi kekuatan keluarga dalam detik duka ini. Saya berharap agar semangatnya terus hidup dalam hati kita.
"Mendiang merupakan seorang rakan yang pernah berada bersama dalam Kabinet, seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang. Pemergian beliau pastinya meninggalkan seribu satu kenangan buat saya dan rakan-rakan seperjuangan," katanya.
Senada dengan beliau, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pula menyifatkan mendiang sebagai seorang rakan, tokoh politik dan pemimpin yang amat disegani.
"Perjuangan dan sokongan beliau bersama Barisan Nasional amat dihargai dan kini disambung legasinya oleh anak beliau, YB Arthur. Saya mewakili BN menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang Tan Sri Joseph Kurup. Semoga terus kuat dan tabah dengan berita ini," katanya.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi perkongsian di laman Facebook turut merakamkan ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga dan berharap mereka terus tabah dengan kehilangan ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan disenangi ramai.
"(Mendiang) sentiasa memperjuangkan kebajikan dan keperluan orang Sabah, mengutamakan parti BN. Semoga tabah menghadapi dugaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joseph Kurup meninggal dunia
#Arthur Joseph Kurup
#Zahid Hamidi
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan