awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM ucap takziah kepada keluarga lima pelajar IKM maut dalam nahas di Tuaran

Bernama
Bernama
05/09/2025
15:45 MYT
TPM ucap takziah kepada keluarga lima pelajar IKM maut dalam nahas di Tuaran
Ahmad Zahid berkata Megat Zulkarnain telah bertemu keluarga mangsa bagi mewakili beliau untuk menyampaikan salam takziah serta sumbangan segera bagi meringankan beban yang dirasai ketika ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu yang maut dalam nahas di Jalan Sulaman Gayang berhampiran Pusat Latihan Rela di Tuaran, Sabah hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata setiausaha politiknya Datuk Megat Zulkarnain Omardin telah bertemu keluarga mangsa bagi mewakili beliau untuk menyampaikan salam takziah serta sumbangan segera bagi meringankan beban yang dirasai ketika ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai Datuk Yakubah Khan dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO.
"Saya amat sedih dan berduka apabila menerima khabar tentang kemalangan tragis di Jalan Sulaman, Tuaran, Sabah yang telah meragut nyawa lima penuntut IKM Kota Kinabalu petang tadi.
"Saya berdoa semoga keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian berat ini," katanya menerusi hantaran di aplikasi X malam ini.
Saya amat sedih dan berduka apabila menerima khabar tentang kemalangan tragis di Jalan Sulaman, Tuaran, Sabah yang telah meragut nyawa lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) pic.twitter.com/WEeyoY6PkN
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) September 5, 2025
Terdahulu, lima pelajar lelaki disahkan maut selepas kenderaan pelbagai guna yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler pada 2.09 petang.
Kelima-lima mangsa yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ucapan takziah
#UMNO
#meninggal dunia
#kemalangan tragis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan