Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin agenda transformasi negara untuk menjadikan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi bakal menjadi kenyataan.

Menurutnya, Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang memberangsangkan khususnya dalam aspek peningkatan pendapatan kasar negara.

“Saya yakin program GTP dan ETP 2.0 akan dicapai lebih awal daripada tempoh masa yang ditentukan, iaitu sebelum tahun 2020”, kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat disamping pernambahan pelabur di negara, tidak mustahil sekiranya Malaysia berjaya kecapi kejayaan ini sebelum tahun 2018.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pelancaran Laporan Tahunan GTP oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengulas mengenai pemberian bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) diagihkan setiap tahun.

“Pemberian bantuan itu merupakan inisiatif paling utama kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat”, katanya penuh semangat.

Tambahnya, pemberian BR1M bakal diberikan setiap tahun mulai 2014 sekiranya Barisan Nasional (BN)terus diberikan kepercayaan.

“Seperti yang sedia maklum, kerajaan memang menunaikan janji, dan ini juga antara janji yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri sendiri”, kata Muhyiddin.

Beliau turut meminta rakyat supaya menumpukan usaha da sokongan terhadap kerajaan sedia ada bagi memastikan pertumbuhan ekonomi bertambah tinggi.

“Pihak kerajaan sememangnya berkemampuan untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat” ujarnya.