awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA mampu cegah isu alam sekitar seperti masalah perlombongan bauksit - Senator

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/01/2016
04:45 MYT
TPPA mampu cegah isu alam sekitar seperti masalah perlombongan bauksit - Senator
Perlombongan dan pembalakan haram dalah antara isu yang boleh dikawal melalui peruntukan dalam TPPA selain menangani isu penyeludupan haiwan liar dan penangkapan ikan secara tidak terkawal. - Gambar fail
Penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memastikan isu seperti perlombongan bauksit di Pahang tidak akan berlaku, ujar Senator Dewan Negara, Datuk Adam Abdul Hamid.
Jelas beliau, isu alam sekitar yang turut ditekankan dalam perjanjian itu menandakan kewajaran usaha Malaysia untuk terlibat dalam TPPA.
"Kalau kita masuk TPPA, takkan berlaku lagi peristiwa-peristiwa seperti perlombongan bauksit di Pahang.
"Bukan itu sahaja sebelum pada itu kita berhadapan masalah hutan ditebang sesuka hati di Lojing dan juga di Cameron Highlands. Sekarang ini di Bukit Gambir ditarah," katanya semasa perbahasan usul mengenai TPPA di Dewan Negara di sini hari ini.
Peruntukan dalam TPPA itu katanya mampu memelihara alam sekitar, hutan, mencegah pembalakan haram, penyeludupan haiwan liar, dan penangkapan ikan secara tidak terkawal.
"Kita di Malaysia masih lagi dibenar guna pukat harimau, tetapi semua orang tahu pukat harimau beroperasi lebih daripada 15 batu nautika, tetapi ia masuk ke kawasan pesisir pantai. Bukan itu sahaja, kita juga berhadapan dengan pencerobohan neoayan Thailand," katanya lagi.
Sidang Khas Dewan Negara mengenai TPPA bersidang selama sehari, hari ini.
Keputusan undi suara anggota Dewan Negara mengenai usul TPPA dijangka akan diketahui petang ini.
Ketika ini, terdapat 67 anggota Dewan Negara Malaysia.
Topic Berkaitan
#Datuk Adam Abdul Hamid
#isu alam sekitar
#perjanjian
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan