awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdaya warga emas konon menang loteri, dua warga Indonesia dipenjara dua tahun
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik lancar pagi ini, aliran dijangka meningkat sebelah petang

Bernama
Bernama
28/03/2025
04:53 MYT
Trafik lancar pagi ini, aliran dijangka meningkat sebelah petang
Pihak polis telah meningkatkan kawalan dan pemantauan lalu lintas bagi memastikan kelancaran perjalanan, khususnya di laluan utama. - Gambar/ PLUS
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat pukul 11.30 pagi, trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih lancar, namun aliran trafik dijangka meningkat sedikit selepas pukul 2 petang ini susulan orang ramai mula bergerak pulang ke kampung.
"Keadaan trafik di kawasan Gombak menuju ke Genting Sempah masih terkawal tanpa kesesakan setakat ini. Laluan menghala ke Pantai Timur dan Utara juga dilaporkan lancar.
"Namun, di laluan Selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Kempas menuju ke Persimpangan Pasir Gudang, Johor," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata pihaknya menjangkakan jumlah kenderaan akan terus meningkat hari ini berikutan orang ramai mula bercuti bersempena dengan Aidilfitri.
Beliau berkata pihak polis telah meningkatkan kawalan dan pemantauan lalu lintas bagi memastikan kelancaran perjalanan, khususnya di laluan utama.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik, atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#trafik
#lebuh raya
#balik kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan