Trafik mula perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini

Bernama
Oktober 22, 2022 02:30 MYT
LLM memaklumkan aliran trafik perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak. -Twitter LLM
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mulai perlahan setakat 8.30 pagi tadi berikutan cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Deepavali, Isnin ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan aliran trafik perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

9.45amKLK@E8 : Trafik perlahan dilokasi; Sebelum masuk Plaza tol Gombak

15.8km dari Gombak ke Terowong Genting Sempah pic.twitter.com/vMVaIxn0Ad

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) October 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Trafik turut perlahan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sebelum Terowong Genting Sempah menghala ke arah timur," menurut LLM.
LLM memaklumkan terdapat kemalangan berlaku kira-kira 7.45 pagi tadi di KM155.8 arah selatan dari Bukit Gambir ke Pagoh dan kerja pengalihan sedang dilakukan dengan lorong kiri ditutup menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer.
Trafik turut perlahan dari Rawang Selatan ke Rawang, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah dan Tapah ke Gopeng.
Di Lembah Klang, LLM memaklumkan aliran trafik masih lancar di kebanyakan lebuh raya bertol termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan sekitar Plaza Tol Sungai Besi.
-- BERNAMA
#Deepavali #LLM #trafik perlahan #cuti hujung minggu yang panjang