awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik perlahan di LPT 1 menuju ke Timur

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
25/12/2020
03:51 MYT
Trafik perlahan di LPT 1 menuju ke Timur
Keadaan trafik bagaimanapun dijangka akan terus meningkat sehingga jam 2 petang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Keadaan trafik mula bergerak perlahan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) bermula dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak menuju ke arah Timur.
Menurut juru cakap ANIH Berhad, keadaan itu disebabkan pertambahan kenderaan sejak jam 11 pagi tadi.
Katanya, keadaan trafik bagaimanapun dijangka akan terus meningkat sehingga jam 2 petang.
"Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan LPT1 pada sebelah pagi masih lagi lancar, namun kenderaan mula bertambah sejak jam 11 pagi tadi.
"Trafik mula perlahan dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak menuju ke arah Timur dan perlahan sepanjang 6.8 kilometer (km) dari KM 30.6 (Gombak) hingga ke KM 37.4 (Genting Sempah) menghala ke Timur.
"Untuk hari ini, kita jangkakan aliran trafik akan tinggi bermula jam 10 pagi hingga 2 petang," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, juru cakap itu menambah, orang ramai disarankan untuk merujuk kepada Jadual Cadangan Waktu Perjalanan KLK dan LPT1 yang dikeluarkan ANIH Berhad sempena Krismas.
"Syarikat ingin menasihati pengguna lebuh raya supaya merujuk kepada maklumat terkini tentang kedaan banjir sebelum merancang perjalanan terutamanya di negeri Terengganu dan Kelantan.
"Sentiasa pastikan baki kad dan e-Wallet Touch 'n Go mencukupi sebelum memasuki lebuh raya untuk perjalanan yang lancar
"Patuhi SOP norma baharu yang telah ditetapkan di sepanjang KLK dan LPT1 bagi bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19," jelasnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#tol
#trafik perlahan
#KLK
#LPT1
#lebuh raya
#cuti krismas
#Pantai Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan