awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik udara pada Januari 2023 naik 67 peratus - IATA

Bernama
Bernama
08/03/2023
16:27 MYT
Trafik udara pada Januari 2023 naik 67 peratus - IATA
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata "permintaan terhadap perjalanan udara menjadi permulaan yang amat baik pada 2023". - Foto IATA
KUALA LUMPUR: Jumlah trafik udara pada Januari 2023, yang diukur dalam jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 67 peratus berbanding bulan yang sama pada 2022, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
"Di peringkat global, trafik udara kini sebanyak 84.2 peratus daripada paras Januari 2019," katanya, menunjukkan pemulihan dalam permintaan penumpang global.
IATA berkata trafik domestik untuk Januari 2023 meningkat 32.7 peratus berbanding tempoh tahun lepas, dibantu oleh langkah menarik balik dasar sifar COVID di China.
Jumlah trafik domestik pada Januari 2023 sebanyak 97.4 peratus daripada paras Januari 2019, katanya.
Sementara itu, trafik udara antarabangsa melonjak 104 peratus dalam bulan tersebut berbanding Januari 2022 dengan semua pasaran mencatatkan pertumbuhan yang kukuh, diterajui oleh syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik.
RPK antarabangsa juga meneruskan pertumbuhannya yang kukuh untuk mencapai 77 peratus daripada paras Januari 2019, katanya.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata "permintaan terhadap perjalanan udara menjadi permulaan yang amat baik pada 2023".
"Pemansuhan sekatan COVID-19 yang cepat untuk perjalanan domestik dan antarabangsa China memberi prospek yang baik kepada pemulihan industri yang kukuh secara berterusan daripada pandemik sepanjang tahun.
"Dan, yang penting, kami tidak melihat banyak ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik pada hari ini yang menjejaskan permintaan terhadap perjalanan," katanya dalam kenyataan yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#IATA
#syarikat penerbangan
#penumpang global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan