PONTIAN: Seramai enam pendatang tanpa izin (PATI) ditemui lemas manakala seorang selamat dalam kejadian bot karam akibat dipukul ombak kuat di perairan Pontian.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Nurul Hizam Zakaria berkata, bot membawa 13 penumpang dan tekong itu karam tengah malam tadi, sebelum empat wanita dan dua lelaki diselamatkan sebuah bot nelayan tempatan 10 pagi tadi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada mereka lemas.
"Dua mayat wanita dan seorang wanita terselamat ditemukan pada 1 tengah hari, kemudian empat mayat wanita terapung lengkap berpakaian dijumpai pada pukul 2.30 petang. Dengan penemuan terbaharu itu, Operasi Mencari dan Menyelamat ditamatkan pada pukul 3.45 petang ini," katanya dilaporkan Bernama.
Bercakap kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat Jeti Persatuan Nelayan Pontian, Pontian Besar, di sini hari ini, Nurul Hizam berkata menurut siasatan awal bot itu yang dipandu dua tekong lelaki dan membawa 11 wanita bertolak dari Pulau Jalung, Batam, kira-kira pukul 9 malam tadi.
"Bagaimanapun, sebelum sampai ke destinasi, bot tersebut dipercayai dipukul ombak kira-kira setinggi 1.5 meter hingga tiga meter, di kedudukan 4.2 batu nautika dari perairan Pontian, tengah malam tadi," katanya.
Pada operasi Carilamat berkenaan yang diaktifkan pada pukul 10.20 pagi, seramai 58 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi turut terlibat.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohamad Shofee Tayib berkata kesemua mereka yang berumur antara 25 hingga 35 tahun itu dipercayai mahu masuk ke negara ini secara haram, melalui jeti di Api-Api, di sini.
"Seorang daripada wanita berkenaan, kini kritikal dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah, manakala yang lain dihantar ke Hospital Pontian.
"Bagaimanapun, dua lelaki yang dipercayai tekong ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dan akan dipohon reman, kedua-dua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," kata Mohamad Shofee.
Dalam kejadian tengah malam tadi, sebuah bot fiber dengan 200 kuasa kuda sepanjang 6.096 meter, membawa 13 PATI iaitu dua tekong lelaki dan 11 wanita untuk masuk ke negara secara haram, karam di perairan berkenaan.
Astro Awani
Tue Jan 18 2022

Operasi SAR kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada lemas. - Gambar/ Bernama

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

Aktres Tamil ditemui mati pada hari lahir
Sahana ditemui mati tergantung di tingkap tandas di kediamannya pada malam hari kelahirannya ke 22.

Kes dera: Pasangan suami isteri direman tujuh hari
Perintah reman bermula Isnin itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

Penghantar makanan maut dilanggar bas
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Lelaki sesat hampir 24 jam di Gunung Banang ditemui selamat
Mangsa yang berusia 45 tahun ditemui selepas dia berjaya keluar sendiri dari kawasan pendakian.

AWANI Ringkas: Kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Jiwa SME | Terjun bidang perniagaan, tingkat kesihatan mata
Persaingan hebat pasaran pekerjaan menyebabkan sebahagian anak muda lebih cenderung untuk menceburi bidang perniagaan termasuk menjadi usahawan mikro dalam dunia tanpa sempadan. Ketika pandemik Covid-19 terus mengucar-ngacirkan ekonomi....peluang dan ruang untuk memasuki dalam sektor yang diimpikan mereka semakin tipis. Enggan membuang masa dan menoleh kebelakang, Syazwan Hafiz Mohd nekad terjun ke dalam bidang perniagaan meskipun tiada asas yang kukuh dalam bidang yang baharu diceburi itu kira-kira lima bulan lalu.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 800 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 800 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 global kini melebihi 6.26 juta kes.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 400,000 kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan lebih 400 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 521 juta kes.

Hari Wesak | Dirai sebahagian besar masyarakat Siam di Kelantan
Masyarakat Siam di Kelantan turut tidak ketinggalan meraikan Hari Wesak yang disambut mereka yang beragama Buddha semalam. Dua tahun golongan minoriti ini tidak dapat menyambutnya, menjadikan Wat Machimmaram yang terkenal dengan patung Buddha duduk terbesar di Asia sepi tanpa sebarang perayaan sepanjang pandemik COVID-19 melanda.

Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada lemas.

Dua maut, satu hilang dalam kejadian bot karam di Pitas
Dua lelaki ditemukan mati lemas, manakala dua lagi terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Tanjung Berungus, Pitas.

Mayat mangsa tragedi bot karam Bagan Jermal dijumpai
Mayat Rosmin Selamat, 62 tahun, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi di Perairan Gurney, kira-kira 35 jam selepas dilaporkan hilang.

Satu lagi mayat mangsa bot karam dijumpai, jumlah korban kini 64 orang
Satu lagi mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam Khamis lepas, dijumpai petang semalam, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 64 orang.

Undian: Jika tiada pilihan, adakah anda sanggup meredah bahaya untuk pulang ke kampung pada musim perayaan?
Adakah anda sanggup meredah bahaya dengan menaiki pengangkutan bot untuk pulang ke kampung pada musim perayaan?