Tragedi Bukit Kukus: Banyak sangat tebang pokok, nanti tanah runtuh - Tun M

Astro Awani
Oktober 20, 2018 04:22 MYT
Tun Dr Mahathir menegaskan tindakan menebang pokok dan pembalakan berleluasa meningkatkan risiko tanah runtuh.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya pihak berkuasa melakukan kajian lebih strategik dan menyeluruh aspek alam sekitar sebelum melaksana sebarang pelan pembangunan.
Tun Dr Mahathir menegaskan tindakan menebang pokok dan pembalakan berleluasa meningkatkan risiko tanah runtuh.
“Nak bawa pembangunan, kita kena kaji betul-betul. Jangan tebang pokok di kawasan bukit, nanti tinggi risiko tanah runtuh,” tegas beliau.
Tragedi tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 2 petang Jumaat di kawasan tapak pembinaan jalan raya berkembar dari Paya Terubong menghala ke Relau.
Setakat pukul 12 tengah hari ini, empat mangsa ditemui mati tertimbus manakala tiga lagi berjaya diselamatkan walaupun mengalami kecederaan.
Jumlah sebenar mangsa tragedi itu masih belum dapat dipastikan, namun berdasarkan maklumat awal, dipercayai terdapat 13 orang secara keseluruhan.
#Ahli Parlimen Langkawi #bukit kukus #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #tanah runtuh #tebang pokok #Tun Mahathir