awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi EIMARace: Kertas siasatan ke Jabatan Peguam Negara minggu depan

Bernama
Bernama
03/10/2016
07:27 MYT
Tragedi EIMARace: Kertas siasatan ke Jabatan Peguam Negara minggu depan
ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya telah merakamkan percakapan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman (gambar) pada tiga hari lepas. - fotoBERNAMA / Fail
Siasatan berkaitan kemalangan pada Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 hampir selesai dan dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada minggu depan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya telah merakamkan percakapan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, pada tiga hari lepas, manakala keterangan pihak terlibat EIMARace 2016 diambil pada peringkat awal siasatan.
Keterangan itu termasuklah daripada pihak penganjur iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pemandu dan Persatuan Sukan Permotoran (MAM) yang mengendalikan aspek keselamatan litar perlumbaan, katanya.
"Kita juga telah menerima minit mesyuarat dan dokumen berkaitan daripada MAM. Semua akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada EIMARace 2016, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, yang menonton EIMARace 2016 maut akibat dirempuh sebuah kenderaan jenis go-kart yang terbabas selepas bergesel dengan dua kenderaan lain.
Kemalangan pada 11.30 pagi 25 Sept di Jalan Sukpa Indera Mahkota di sini, juga menyebabkan Siti Suhaiza dan anak sulung mereka Muhammad Izz Daniel, 7, cedera. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACP Abdul Aziz Salleh
#EIMARace
#go-kart terbabas
#kemalangan
#Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016
#polis Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan