awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Everest: Jenazah Allahyarham Awang Askandar selamat dikebumi di Benoni

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
27/05/2023
10:55 MYT
Tragedi Everest: Jenazah Allahyarham Awang Askandar selamat dikebumi di Benoni
Allayarham Awang Askandar yang meninggalkan seorang balu dan enam orang anak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benoni, Papar pada jam 5.30 petang hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
PAPAR: Jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, yang terkorban ketika misi mendaki Gunung Everest, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benoni, Papar pada jam 5.30 petang hari ini.
Terdahulu, jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 2.15 petang sebelum dibawa ke Masjid Jamek As Salam Benoni sekitar jam 3.38 petang untuk dimandi dan dikafankan.
Solat jenazah kemudian disempurnakan di masjid berkenaan. Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia Sabah.
Turut serta dalam solat jenazah ialah ahli keluarga Allahyarham serta warga Kampung Benoni.
Allahyarham Awang Askandar meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
Sementara itu, menurut Armizan, pihaknya selepas ini akan membantu keluarga Allahyarham menguruskan pencen dan insurans selain bantuan kebajikan daripada yayasan lain yang berkaitan.
"Fokus kita seterusnya adalah membantu urusan keluarga. Antaranya kita melihat kepada pengurusan kelayakan beliau selaku penjawat awam dari segi pencen dan cuti dan sebagainya. Begitu juga insurans.
"Arwah ke ekspedisi ini ada mengambil insuran melalui kelab. Kita akan bantu permudahkan urusan tersebut supaya keluarga dapat pampasan itu dengan segera. Begitu juga kita berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak.
"Yayasan-yayasan tertentu juga telah menyatakan hasrat mereka (untuk membantu). Maka APM dan kita akan berusaha untuk membantu kebajikan keluarga dan waris arwah", ujar Armizan ketika ditemui di sini, hari ini.
Pengarah Pertahanan Awam (APM) Kedah itu dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas mengalami masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut ketika mendaki Gunung Everest.
Ketika kejadian, Allahyarham dikatakan hanya memerlukan lebih kurang 20 minit lagi untuk sampai ke puncak Everest.
Topic Berkaitan
#tragedi everest
#pendaki negara
#Awang Askandar
#selamat dikebumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan