awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar tiba di KLIA esok, dikebumi di Papar

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2023
11:38 MYT
Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar tiba di KLIA esok, dikebumi di Papar
Jenazah akan diterbangkan dari Kathmandu pada pukul 11.30 malam ini (waktu tempatan) dan dijangka tiba di KLIA pada Sabtu jam 6.25 pagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jenazah pendaki Malaysia yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest, Allahyarham Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata urusan membawa pulang jenazah yang diselaraskan oleh Kedutaan Malaysia di Nepal berjalan lancar.
"Jenazah diterbangkan dari Kathmandu menggunakan pesawat MH115 pada pukul 11.30 malam ini (waktu tempatan) dan dijangka tiba di KLIA pada Sabtu jam 6.25 pagi.
"Jenazah kemudian akan dibawa ke Kota Kinabalu pada jam 11.35 pagi dan dijangka tiba di sana pada jam 2.15 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, atas permintaan keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar, sebelum dibawa ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.
Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kg. Benoni.
Allahyarham Awang Askandar, 56, yang juga Pengarah APM Kedah meninggal dunia Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut kira-kira 20 minit untuk menawan puncak Everest.
Topic Berkaitan
#Awang Askandar
#pendaki negara
#jenazah tiba
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan