PUTRAJAYA: Malaysia merakamkan penghargaan kepada kerajaan Nepal yang membantu dalam urusan membawa pulang jenazah pendaki Everest Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub ke tanah air hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan jenazah Allahyarham dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan jangkaan tiba pada 2.05 petang.
"Kementerian ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Nepal, pihak berkuasa tempatan Nepal, penyumbang dana dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam urusan membawa pulang jenazah sehingga tempat persemadian terakhir di Sabah," katanya.
Menurut Wisma Putra lagi, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Al-Amin bersama pegawai dari Pejabat Wilayah Sabah dan Bahagian Konsular Kementerian Luar akan menyambut ketibaan jenazah di KKIA.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah tiba di KLIA kira-kira 7.30 pagi tadi dari Kathmandu.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni dengan mengikut istiadat penghormatan APM.
Pada sesi penghormatan terakhir yang diadakan di Kompleks Kargo KLIA pagi tadi yang disertai lebih 70 anggota APM, turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil dipimpin Lt Bersekutu Pertahanan Awam Miszlee Samais.
Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff turut berkenan berangkat menziarahi jenazah dan memberi penghormatan terakhir.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia sehari selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak, pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Jenazah Allahyarham Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah tiba di KLIA kira-kira 7.30 pagi tadi dari Kathmandu. - Gambar/ Bernama
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Tragedi Everest: Operasi SAR Hawari tamat hari ini, disambung tahun depan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, ditamatkan secara rasmi hari ini dan akan disambung tahun depan.
Tragedi Everest: KBS keluar kenyataan berkaitan siasatan selepas operasi selesai - Hannah Yeoh
KBS belum bersedia memberi sebarang ulasan berhubung tragedi kematian dan kehilangan peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023).
Tragedi Everest: Misi SAR Hawari berbaki 4 hari, dron masih belum dapat pelepasan keluar
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim kini berbaki empat hari sahaja lagi.
Tragedi Everest: Kerajaan runding dengan Nepal lanjut tempoh pencarian Hawari
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan operator Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki OKU pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan.
Tragedi Everest: Jenazah Allahyarham Awang Askandar selamat dikebumi di Benoni
Jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benoni, Papar.
Tragedi Everest: Masa makin suntuk, KBS salur RM1.48 juta pergiat operasi SAR Hawari
Kerajaan melalui KBS menyalurkan bantuan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta misi Malaysia Everest 2023.
Tragedi Everest: Pencarian Hawari diteruskan walau libat kos tinggi - Armizan
Operasi SAR pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat diteruskan walaupun membabitkan kos tinggi.