PARIT BUNTAR: Semalam genap 50 tahun tragedi feri karam di Sungai Kerian di sini, namun bagi waris mangsa yang terkorban serta mangsa yang terselamat, kejadian itu terus segar dalam ingatan bagai baru semalam berlaku.
Tragedi pada pagi 13 Sep 1972 itu, yang mengorbankan 17 murid Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar, lapan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kerian dan dua orang awam tercatat sebagai antara peristiwa hitam dalam sejarah negara.
Seorang mangsa yang terselamat, Lai Joo Koi, 65, berkata sewaktu kejadian, abangnya Lai Joo Boo, 67, yang berada di luar feri menjerit supaya dia segera keluar dari bas dan berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri.
"Dia jerit sangat kuat dan nasib baik dia pandai berenang lalu bantu saya ke tebing sungai. Kejadian berlaku sekelip mata dan feri itu sudah senget lalu terbalik.
"Arus sungai begitu kuat dan laju. Kami semua di dalam bas panik dan ada rakan sekelas yang tidak dapat selamatkan diri. Walaupun masa itu saya baru darjah dua, tetapi saya masih ingat sampai sekarang," kata jurujual produk kesihatan itu kepada Bernama.
Katanya kejadian itu telah mengeratkan hubungan mereka adik-beradik dan tetap dikenang sebagai peristiwa mengejutkan dalam kehidupan mereka sekeluarga.
Sementara itu, A Perumal, 73, anak lelaki kepada pemandu feri yang karam, S Annamalai, berkata pemergian ayahnya sentiasa dikenang dan kisah keberaniannya membantu menyelamatkan tujuh pelajar tanpa mengira bangsa serta agama dalam kejadian itu sering diceritakan dari satu generasi ke generasi supaya kekal dalam kenangan.
"Tipulah kalau tidak sedih bila terkenang. Waktu kejadian saya berumur 23 tahun dan sudah bekerja. Ada orang maklumkan ayah sudah tiada selepas tenggelam ketika selamatkan orang lain.
"Saya terharu kerana ramai bagi sumbangan termasuk seorang ahli perniagaan yang memasukkan duit setiap bulan kepada kami kerana mengenang jasa dan pengorbanan ayah," katanya ketika ditemui Bernama di tapak memorial tragedi di Taman Pinggiran Sungai Kerian semalam.
Mendiang Annamalai dikatakan bertindak menyelamatkan mangsa termasuk pelajar sekolah dalam kejadian yang berlaku ketika hujan lebat dan arus sungai sangat kuat hingga menyebabkan tali kabel feri antara kedua-dua tebing putus.
Perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar dengan Bandar Baharu itu dihentikan serta-merta selepas tragedi menyayat hati itu.
Sementara itu, seorang lagi waris, Tan Kok Hock, 68, kehilangan adik lelakinya, Tan Kooi Se yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah.
"Saya di Pulau Pinang dengan datuk dan nenek, manakala adik dan abang bersama ayah di sini. Masa itu hujan lebat tetapi adik saya tetap mahu ke sekolah dengan menaiki van ke jeti.
"Kami kemudian dimaklumkan feri tenggelam dan adik ada di dalamnya. Abang saya, Tan Kok Hock, 70, terselamat kerana kebetulan sampai awal dengan menaiki basikal ke jeti manakala adik pula di giliran kedua," katanya.
Dia yang kini menggunakan nama Sabariah Tan Abdullah berkata kejadian itu perit untuk diingati, namun mereka menerima suratan takdir.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian Helmi Yusof ketika ditemui berkata selepas pembinaan tugu peringatan di lokasi kejadian, pihaknya merancang untuk membina galeri pada tahun depan yang memaparkan maklumat berkaitan tragedi itu agar ia terus diingati.
Bagaimanapun, menurutnya mereka memerlukan bahan arkib, data serta gambar daripada orang ramai atau pihak tertentu untuk dijadikan sebagai bahan pameran apabila galeri itu dibuka kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
Sabariah Tan Abdullah memberi penghormatan kepada mendiang adiknya yang terkorban pada 13 September 1972 di Sungai Kerian. --fotoBERNAMA
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
25 maut, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh
Feri itu dilaporkan sedang membawa kebanyakan penganut ke sebuah kuil Hindu bersempena dengan sambutan keagamaan Mahalaya.
Tragedi feri karam di Sungai Kerian dikenang hingga kini
Tragedi pagi 13 Sep 1972 itu mengorbankan 17 murid SK Methodist Parit Buntar, lapan pelajar SMJK(C) Kerian dan dua orang awam.
Feri karam: Indonesia tamatkan operasi menyelamat
Seramai 31 mangsa termasuk kru dan penumpang berjaya diselamatkan manakala 4 mayat ditemui setakat ini.
Lima terkorban, puluhan masih hilang feri karam di Bangladesh
Feri itu berlepas dari daerah perindustrian Narayanganj, kira-kira 20km dari ibu kota Dhaka, ke Munshiganj.
Korban nahas feri di perairan Bali, Indonesia meningkat kepada 10
Satu lagi mayat mangsa tragedi feri karam ditemui di Selat Bali pada Jumaat, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 10 orang.
100 terbunuh dalam kejadian feri karam di Tanzania
Lebih 100 orang terbunuh selepas feri yang dinaiki mereka terbalik dan tenggelam di Tasik Victoria, Tanzania pada Khamis.
Feri karam: Hanya tiga mayat dijumpai, 193 masih hilang
Selepas kejadian feri karam di tasik Danau Toba, Sumatera, Indonesia Isnin lalu, hanya tiga mayat berjaya ditemui manakala 193 lain termasuk kanak-kanak masih hilang.
3 mati dalam insiden terbaru feri karam di Filipina
Feri Lady Aime dalam perjalanan ke pulau Alabat 117km dari Manila, apabila ia tenggelam 200m dari darat.
PM Korea Selatan letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karam
Chung Hong-Won memohon maaf kepada seluruh rakyat Korea Selatan akibat nahas yang berlaku itu.
Mesej menyayat hati dihantar oleh pelajar mangsa feri karam
Ahli keluarga mangsa feri karam di Korea Selatan berkongsi mesej yang dihantar oleh anak mereka kepada media.