awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi go-kart: Polis selesai ambil keterangan penganjur

Bernama
Bernama
27/09/2016
06:06 MYT
Tragedi go-kart: Polis selesai ambil keterangan penganjur
Polis juga akan mengambil keterangan Siti Suhaiza Seman, 38, iaitu isteri dan ibu kepada mangsa rempuhan kenderaan jenis go-kart itu. -Gambar fail
Polis Pahang telah mengambil keterangan wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 berhubung tragedi yang meragut nyawa dua beranak di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya juga akan mengambil keterangan Siti Suhaiza Seman, 38, iaitu isteri dan ibu kepada mangsa rempuhan kenderaan jenis go-kart itu.
"Kita akan mengambil keterangan beliau tetapi kita masih memberikan sedikit masa untuk beliau tenang dan stabil," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Aziz tidak mendedahkan nama wakil UTM dan juga bilangan individu yang telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Pada pukul 11.30 pagi Ahad, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, lima, meninggal dunia akibat dirempuh sebuah go-kart semasa menonton perlumbaan itu.
Kemalangan yang dipercayai berpunca apabila tiga buah go-kart bergesel sesama sendiri turut menyebabkan Siti Suhaiza dan anak sulungnya Muhammad Izz Daniel, tujuh, cedera, namun keadaan mereka kini stabil. -Bernama
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Salleh
#EIMARace
#Polis Pahang
#Universiti Teknologi Malaysia
#UTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan