awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN umum perubahan portfolio TKPE, perkukuh keberkesanan organisasi
UM bantu polis kesan Nawal Shahirah
Pembangunan mesti berteras kesejahteraan rakyat, bukan sekadar kemodenan fizikal - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Hawk: Mejar Fareez beransur pulih, masih terima rawatan di HSJ

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/11/2021
15:15 MYT
Tragedi Hawk: Mejar Fareez beransur pulih, masih terima rawatan di HSJ
Mejar Mohd Fareez Omar, 33, yang cedera dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 milik TUDM dilaporkan sudah beransur pulih. - Gambar fail
SEBERANG JAYA: Mejar Mohd Fareez Omar, 33, yang cedera dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan sudah beransur pulih.
Bapa Mohd Fareez, Omar Deros, 62 tahun memaklumkan anaknya yang cedera di bahagian tulang belakang selamat menjalani pembedahan dan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
''Alhamdulillah, anak saya sudah beransur pulih selepas menjalani pembedahan tulang belakang hari itu, buat masa ini dia hanya terbaring saja, dia juga sudah boleh makan dan minum.
"Saya berharap kesihatannya akan segera pulih seperti sedia kala," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Jumaat lepas, Bahagian Perhubungan Awam TUDM memaklumkan Mohd Fareez kini berada di dalam pemantauan pegawai perubatan dan masih memerlukan rawatan susulan.
BACA: Tragedi Hawk: Mejar Mohd Fareez dalam keadaan stabil
Selain itu, TUDM juga memaklumkan uusan kebajikan isteri serta dua anaknya yang masing-masing berusia tiga tahun dan lima bulan juga akan dikoordinasi oleh Pangkalan Udara Butterworth.
Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa minggu lepas, sebuah pesawat Hawk 108 yang dikendalikan Mohd Fareez dan Kapten Mohamad Affendi Bustamy terhempas di pangkalan udara Butterworth.
Insiden itu menyebabkan juruterbang, Kapten Mohamad Affendi, terkorban manakala Mohd Fareez mengalami kecederaan.
Kejadian berlaku ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan malam.
Jenazah Kapten Mohamad Affendi selamat dikebumikan di Muadzam, Pahang, pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Mejar Mohd Fareez Omar
#tragedi hawk
#nahas pesawat
#TUDM
#Omar Deros
#Hospital Seberang Jaya
#HSJ
#Kapten Mohamad Affendi Bustamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan