Tragedi helikopter Sarawak: Beg galas merah antara 3 serpihan dijumpai

Astro Awani
Mei 8, 2016 05:15 MYT
Antara tiga serpihan pesawat dipercayai milik helikopter Eurocopter AS350. -Foto Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia
Tiga lagi serpihan pesawat dipercayai milik helikopter Eurocopter AS350 dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di sini.
Penemuan disahkan jurucakap Pusat Operasi SAR sekitar pukul 11.30 pagi tadi.
Pasukan SAR turut menjumpai beberapa barangan peribadi, antaranya sebuah beg galas berwarna merah.
Pada Jumaat, sebahagian daripada pintu, dinding pesawat dan beberapa bahagian lain pesawat telah dijumpai.
Setakat ini, pasukan SAR sedang berusaha mencari badan utama helikopter tersebut.
Tambahnya, operasi kini giat dijalankan bagi mengesan seorang lagi mangsa iaitu juruterbang, Kapten Rudolf Rex Ragas.
#Eurocopter AS350 #mencari dan menyelamat #nahas helikopter #serpihan pesawat