KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menzahirkan ucapan takziah Malaysia kepada rakyat Korea Selatan atas insiden rempuhan pada pesta Halloween di Itaewon, Seoul, Sabtu malam.
Beliau turut melahirkan rasa sedih atas perkembangan tragedi itu yang telah mengorbankan 153 orang.
"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan dan mendoakan supaya keluarga mangsa yang terlibat diberi kekuatan dan semua yang tercedera diberikan kesembuhan,” katanya di akaun Twitternya, malam tadi.
Tambahnya Kementerian Luar melalui Kedutaan Malaysia di Seoul akan terus memantau situasi itu.
Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular agar berhubung dengan pihak kedutaan melalui talian +821089748699.
Sementara itu, 19 daripada 153 yang terkorban dikenal pasti sebagai warga asing berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway manakala 82 lagi dilaporkan cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022

Saifuddin berkata, Kementerian Luar melalui Kedutaan Malaysia di Seoul akan terus memantau situasi itu. - Gambar fail
![AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007110/19199450371674991830031_640x360.jpg)
AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 29 Januari 2023 : - Banjir di Sabah belum reda, hampir 1,500 mangsa masih berteduh di PPS. - Hajiji umum bakal ketuai Gagasan Rakyat Sabah, empat bekas ahli parlimen Bersatu tidak turut serta. - Sarawak maksimumkan kepakaran teknologi Singapura bangunkan industri pertanian . #AWANInews #MalaysiaBangkit

Industri Pertanian | Sarawak maksimumkan kepakaran teknologi Singapura
Sarawak akan memaksimumkan kemahiran dan kepakaran Singapura dalam teknologi untuk bangunkan industri pertanian yang mapan di negeri itu. Ia sejajar hubungan bilateral dua pihak menerusi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) yang mempunyai implikasi besar kepada ekonomi Malaysia Singapura.

Penasihat kanan PM: Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar
Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.

KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.

Gagasan Rakyat | Stephen sahkan sudah hantar surat letak jawatan
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu. Stephen berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selain bersetuju dengan penstrukturan semula ini.

Banjir Kilat | Penduduk berlindung enam jam di rumah
Di Sarawak beberapa kawasan kaki bukit di Kuching dilanda banjir kilat. Antaranya Kampung Sinar Budi Batu Kawa, Kampung Kolong Matang, Taman Sejoli dan sebahagian kecil kawasan di Lundu. Keadaan seawal jam tiga pagi itu berlaku selepas hujan berterusan selama 24 jam dengan jarak kediaman hanya beberapa meter dari sungai.

Banjir | Laluan darat terputus, bekalan makanan sukar diagih
Sekurang-kurangnya tiga kampung sekitar Segama, Lahad Datu terputus hubungan darat selepas lapan laluan utama tidak dapat dilalui akibat banjir. Kampung yang terjejas adalah Kampung Sepadulang, Kampung Segama Batu 8 dan Kampung Lituk Pulau. Situasi ini mencetuskan kebimbangan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Segama, Rasidah Damrah, kerana masih ada penduduk kampung yang belum dipindahkan dan kini terputus bekalan makanan.

Gagasan Rakyat | Armizan kekal Ahli Langsung GRS
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan tidak menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Papar itu, beliau kekal sebagai Ahli Langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Banjir Sabah | Penduduk tidak dibenar pulang, cuaca masih tidak menentu
Menurut Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Pitas, Nahalan Mehdunah, penangguhan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu terpaksa diambil ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

Banjir | Mangsa di PPS mahu pulang, risau keadaan rumah
Selepas empat hari ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa banjir di Pitas ingin segera pulang ke kediaman masing-masing. Apa yang diresahkan keadaan rumah dan harta benda di dalamnya yang ditinggalkan begitu sahaja sebelum ini. Itu tidak termasuk haiwan ternakan yang berkemungkinan besar sudah lagi tiada.

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Long.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Isu bakar al-Quran: Wisma Putra panggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden
Wisma Putra telah menyampaikan bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap keengganan pihak berkuasa Sweden mengambil tindakan terhadap Paludan.

Jenazah warga Malaysia lemas di Bali tiba di KLIA
Jenazah seorang pelancong Malaysia yang lemas di Bali, Indonesia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.15 malam ini.

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom kereta di Turkiye
Malaysia menggesa supaya pelaku perbuatan kejam itu segera dibawa ke muka pengadilan.

8 mangsa sindiket tawaran kerja dibawa pulang dari Dubai - Wisma Putra
Kesemua mangsa selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.10 pagi Jumaat.

Eksploitasi pembantu rumah: Lima rakyat Malaysia disekat masuk Indonesia - Duta Besar
Lima rakyat Malaysia bakal menjadi kumpulan pertama yang akan disekat daripada memasuki Indonesia atas kesalahan mengeksploitasi pembantu rumah negara itu.

Asas utama dasar luar Malaysia kekal - Zambry
Asas-asas utama dasar luar Malaysia seperti dasar berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan, kata Menteri Luar baharu Senator Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Kesemua 63 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi telah dibawa pulang
Kumpulan seramai 23 orang itu tiba pada jam 1.20 petang menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi.

36 daripada 63 jemaah umrah terkandas di Arab Saudi tiba di Malaysia pagi tadi
Urusan membawa pulang jemaah yang terkandas ini dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Arab Saudi.