KUCHING : Mangsa keempat tragedi kapal muatan pasir yang terbalik dan karam di Batang Igan, berhampiran Kampung Bungan Kecil, Mukah telah ditemukan hari ini.
Mangsa merupakan warga tempatan dikenali sebagai Ting Ling, 23 tahun itu ditemukan terapung oleh anggota penyelamat pada jam 2.26 petang iaitu sejauh lima meter dari Pos Kawalan Bomba di Jeti Bungan Kecil.
Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro, Mohd Nor Abdullah berkata pihaknya masih meneruskan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kelima dan terakhir ketika ini.
“Gerakan SAR seorang mangsa lelaki, warganegara Indonesia, berusia 20an yang hilang masih diteruskan.
“Anggota BBP Daro perlu menempuhi perjalanan sejauh 178 kilometer daripada balai untuk ke lokasi kejadian yang juga dibantu oleh pihak polis serta kakitangan Lembaga Sungai Sarawak (LSS),” katanya pada Isnin.
Berdasarkan maklumat awal, sekitar jam 4.20 pagi pada Ahad, Balai Polis Sungai Merah di Sibu telah menerima maklumat awam memaklumkan terdapat sebuah kapal yang didaftarkan dengan nama Yu Lee tenggelam di Kampung Bungan Kecil.
Ketika kejadian, pelapor yang identitinya dikenal pasti sebagai Aping Sidu telah berjaya menyelamatkan dua daripada empat mangsa, yang merupakan pekerja kapal terbabit.
Terkini tiga mangsa tempatan telah disahkan selamat dikenali sebagai Lee Sia Kong, Ngu Soon Hock, dan Mohd Taufik, masing-masing berusia antara 40 hingga 50 tahun merupakan pekerja kapal berkenaan.
Ketika ini gerakan mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan dan akan disambung esok dalam SAR yang memasuki hari ketiga itu.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Jun 27 2022
Mangsa keempat tragedi kapal muatan pasir yang karam di Batang Igan ditemukan terapung oleh anggota bomba dalam operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro. - Gambar JBPM Sarawak
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
13 hilang, kapal kargo karam di Pulau Lesbos, Greece
Kapal yang membawa muatan garam itu dalam pelayaran dari pelabuhan Ad Dakhilah di Mesir ke Istanbul.
Bot karam: 35 migran dikhuatiri maut, 24 lagi hilang di Djibouti
Lebih 35 migran dikhuatiri terbunuh di Teluk Aden selepas sebuah kapal karam di Godoria, berhampiran bandar pantai Obock, timur laut Djibouti.
Kapal bawa barang pertanian karam di Selat Melaka, 11 kru hilang
Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka hari ini.
Mayat kelima kapal karam di Sebuyau ditemui dalam kabin
Satu lagi mayat mangsa kapal karam di Perairan Pulau Burung, Sebuyau, Sarawak berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.
Ada kemungkinan empat lagi kru masih berada di dalam kapal karam - APMM
APMM tidak menolak kemungkinan empat lagi kru kapal MV Tung Sung yang terbalik di perairan Sebuyau, Sarawak masih berada di dalam kapal berkenaan.
15 maut, 19 hilang insiden kapal karam di perairan Sulawesi
Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing selepas proses pengecaman dilakukan.
37 migran hilang selepas kapal karam antara Tunisia dan Itali - PBB
Empat mangsa yang terselamat cerita detik-detik cemas kapal dinaiki mereka terbalik akibat cuaca buruk.
Greece umum tiga hari berkabung susulan insiden kapal karam
Greece akan berkabung selama tiga hari bagi mengenang mangsa yang terkorban dalam insiden kapal karam di perairan antarabangsa dekat bandar Pylos,
Angka korban kapal karam di Itali meningkat kepada 59 termasuk 12 kanak-kanak
Kapal yang dinaiki pelarian itu dilaporkan pecah akibat dibadai laut bergelora dalam usaha mereka merentasi pesisir selatan pantai Itali.
30 lemas kapal karam di selatan Itali
Sekurang-kurangnya 30 orang lemas apabila kapal yang membawa pendatang karam di pantai selatan Itali.