awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kapal perang Thailand: Angka kematian meningkat kepada 24

Bernama
Bernama
28/12/2022
15:29 MYT
Tragedi kapal perang Thailand: Angka kematian meningkat kepada 24
Pada 18 Dis, HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi mengalami kerosakan enjin dan karam kira-kira 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan pada 11.30 malam. - Gambar fail
BANGKOK: Tiga lagi mayat kelasi yang hilang berjaya ditemukan pada Rabu sekali gus menjadikan angka korban tragedi kapal perang Thailand karam di Teluk Thailand mencecah 24 nyawa.
Jurucakap Tentera Laut Pogkrong Montradpalin berkata setakat 5 petang (waktu tempatan) Rabu, pasukan penyelamat telah menemukan 24 mayat kelasi yang hilang.
"Pencarian diteruskan bagi mengesan lima orang lagi," katanya.
Kesemua mayat mangsa yang dijumpai hari ini akan menjalani proses bedah siasat serta pengecaman bagi mengesahkan identiti mereka.
Sebelum ini, pasukan penyelamat menemukan satu mayat kelasi yang hilang di pantai Koh Samet di wilayah Chumphon pada 8.20 pagi (waktu tempatan) Rabu.
Pada 18 Dis, HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi mengalami kerosakan enjin dan karam kira-kira 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan pada 11.30 malam (waktu tempatan).
Operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran dilancarkan dan seramai 76 kelasi berjaya diselamatkan setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal perang karam
#Thailand
#angka korban
#HTMS Sukhothai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan