awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Kemensah Heights: Masih ada pergerakan tanah di kawasan runtuhan - Pengarah JMG Selangor

Fareez Azman
Fareez Azman
19/09/2021
06:10 MYT
Tragedi Kemensah Heights: Masih ada pergerakan tanah di kawasan runtuhan - Pengarah JMG Selangor
Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesan terdapat pergerakan tanah yang masih aktif di kawasan runtuhan Jalan Kemensah Heights. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesan terdapat pergerakan tanah yang masih aktif di kawasan runtuhan Jalan Kemensah Heights.
Sehubungan itu, kerja-kerja penilaian struktur dan pemantauan geologi rantau sedang dilaksanakan oleh Unit Kejuruteraan Geobencana JMG Selangor bagi memastikan kawasan terbabit selamat atau sebaliknya.
Menurut Pengarah JMG Selangor, Mohd Zulkiflee Che Soh, berikutan cuaca yang tidak menentu, pergerakan tanah di kawasan terjejas masih berlaku.
Dalam perkembangan sama, Mohd Zulkiflee berkata, faktor kejadian tanah runtuh juga boleh disebabkan proses luluhawa di kawasan terbabit.
"Kalau di kawasan Kemensah ini, bukan granit tapi batu pasir tapi kawasan ini terluluhawa.
"Luluhawa bahan batuan ini adalah salah satu faktor (tanah runtuh) juga disamping faktor lain kita akan kenal pasti dalam siasatan ini," kata beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui di kawasan tanah runtuh Kemensah Height pada Ahad.
Luluhawa bermaksud proses pemecahan batuan yang ada di permukaan bumi sehingga membentuk butiran atau zarah yang lebih kecil.
Sementara itu, Ketua Pengarah JMG Malaysia, Hisamuddin Termidi pula memaklumkan, kajian dan pemantauan telah dijalankan di kawasan-kawasan panas berlakunya tanah runtuh di seluruh negara.
Beliau berkata, melalui Projek Bencana dan Risiko Cerun (PBRC) yang dicetuskan oleh JMG, pasukan pemantauan telah digerakkan di beberapa kawasan antaranya di Sungai Tiang, Cameron Highlands, Pahang.
"Kami (JMG) ada Projek Bencana dan Risiko Cerun (PBRC)… kita lakukan pemantauan seluruh negara (kawasan panas) untuk tanah runtuh dan sebagainya.
"Kita buat pemantauan dan buat pemakluman dengan agensi lain berkaitan mengenai tempat ada risiko ini, sekiranya ada berlaku faktor pencetus.
"Contohnya hujan berterusan maknanya penduduk di sekitar kawasan-kawasan lereng dan cerun tersebut perlu mengambil perhatian dan berwaspada," katanya kepada Astro AWANI.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kemensah Heights pada Jumaat malam menjejaskan 19 buah rumah.
Kesemua 28 keluarga di penempatan itu telah diarahkan mengosongkan kediaman dan dipindahkan ke dewan orang ramai berhampiran.
Sehubungan itu, kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor menghulurkan bantuan awal dalam membantu keluarga yang terjejas.
Topic Berkaitan
#Tragedi Kemensah Heights
#pergerakan tanah
#Jabatan Mineral dan Geosains
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan