CHUKAI: Siti Aisyah Eiyi, 39, terpaksa menolak pelawaan kakaknya Azizah Eiyi, 40, untuk turut serta dalam perkelahan di Jeram Air Putih di sini pada Sabtu, kerana beliau mempunyai urusan kerja.
Siti Aisyah ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini berkata kakaknya itu telah beberapa kali mengajaknya sekeluarga, ibu mereka Halimah Kassim, 60, dan adik beradik yang lain untuk berkelah di situ.
"Hari terakhir kami berjumpa ialah pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Ketika itu kakak bersungguh-sungguh mengajak kami untuk menyertai dia dan keluarganya berkelah di sana, tapi masing-masing ada urusan.
"Dalam keadaan ceria kakak ajak kami semua ketika itu di rumah mak. Tapi saya pula tak dapat menyertai mereka atas faktor tuntutan kerja," katanya sambil memberitahu dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu setelah dimaklumkan polis yang hadir ke rumah ibunya, pada Ahad.
Siti Aisyah yang hadir ke Pusat Kawalan Operasi di sini untuk tujuan pengecaman mayat berkata dia bersyukur, apabila jasad kakaknya itu telah dijumpai pada Ahad oleh orang ramai.
Azizah merupakan mangsa pertama ditemukan daripada kesemua 10 mangsa terlibat dalam tragedi berkenaan, dalam keadaan terapung sejauh 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada pukul 12.30 tengah hari, Ahad.
Selain Azizah, turut ditemukan pada Ahad ialah mayat anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, pada jarak dua km dari lokasi awal kemalangan, dalam keadaan tersangkut pada dahan pokok.
"Alhamdulillah, syukur kerana mayat kakak telah dijumpai. Kami sekeluarga sangat-sangat berharap agar ahli keluarga kakak yang lain juga dapat ditemukan dalam masa terdekat," katanya.
Siti Aisyah juga memaklumkan keluarga kakaknya itu telah beberapa kali berkelah di beberapa pusat rekreasi sebelum ini, bagaimanapun mengesahkan ini merupakan kali pertama mereka berkunjung ke Jeram Air Putih.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan pada Ahad dilaporkan berkata Karim yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih, dipercayai mahir akan selok-belok kawasan berkenaan.
Lebih-lebih lagi apabila Karim hanya memandu kenderaan jenis Proton Gen-2 untuk ke situ, yang disifatkan kenderaan itu sebenarnya kurang sesuai untuk digunakan ke lokasi tersebut.
Semalam, empat lagi mayat telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan disahkan identitinya oleh polis iaitu suami Azizah iaitu Karim Abdullah, 39; anak-anak mereka, Putri Aryana Umaira Karim, 4; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; dan Putri Nurerina Natasya Karim, 10.
Kesemua mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan Siti Aisyah memaklumkan, kesemua mayat akan dikebumikan di kampung mereka di Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang.
Dengan penemuan dan pengesahan identiti enam mayat itu, operasi SAR akan mengesan baki empat lagi mangsa iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; dan Muhammad Fikri Saliman, 24.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Ahli keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih berkumpul bagi mengikuti perkembangan semua mangsa di Pusat Kawalan Operasi, Balai Polis Air Putih, Chukai, 3 Julai 2023. --fotoBERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian.
Tragedi kepala air: Waris faham kesukaran pasukan SAR
Memasuki hari ketujuh operasi SAR, Putri Nor Fatin Karim, 14, adalah seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air yang masih belum ditemukan.
Pasukan SAR terus komited kesan mangsa tragedi kepala air
Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih minggu lepas terus komited untuk mengesan dua lagi mangsa.
Tragedi kepala air: Demi kasih, abang sanggup tunggu, bantu cari adik
Seorang abang sanggup bersama-sama dalam usaha pencarian Muhammad Fikri Saliman, 24, yang masih hilang akibat tragedi Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman.
Tragedi kepala air: Bomba guna dron cari dua mangsa hilang
Seramai tiga anggota unit dron terlibat dalam operasi itu dengan menggunakan dron Matrice 210 untuk mengesan mangsa yang hilang.
Kepala air Jeram Air Putih: Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga 10 mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu semalam.
'Orang luar tak tahu bahaya kepala air Jeram Air Putih' - Penduduk kampung
Menurut penduduk, kawasan jeram itu sememangnya terkenal sebagai kawasan rekreasi dan menjadi lubuk digemari ramai kaki pancing.
Bapa mangsa tragedi kepala air reda pemergian anak sekeluarga
Eiyi Johari, 60, bapa kepada Allahyarham Azizah Eiyi, 40, yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman reda dengan pemergian anaknya.
[KEMAS KINI] Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Enam mayat sudah ditemui, empat masih hilang
Empat lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, di Kemaman ditemui pada Isnin.
Tragedi Jeram Air Putih: Laporan awal dijangka siap dalam masa terdekat - Nik Nazmi
Ketika ini, Jabatan Mineral dan Geosains masih melakukan tinjauan awal di lokasi kejadian dan pihak polis sedang melakukan siasatan.