awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kepala air: SAR disambung, guna kaedah selaman cari mangsa

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
05/07/2023
02:40 MYT
Tragedi kepala air: SAR disambung, guna kaedah selaman cari mangsa
Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih. - Foto BERNAMA
KEMAMAN: Seramai 18 penyelam daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan digerakkan dalam operasi mencari dan mengesan dua lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman.
Ketua Zon 2 JBPM Terengganu, Azman Alias berkata operasi yang memasuki hari keempat itu turut memfokuskan pencarian di darat dan air.
Katanya kesemua penyelam itu akan diaktifkan sebaik terdapat pertunjuk baharu di kawasan dikenal pasti bagi melakukan selaman.
"Kita masih lagi meneruskan pencarian di sektor a, b dan c di mana kaedah pencarian kita hari ini kita perluaskan lagi dengan pencarian secara darat dan rafting di dalam air menggunakan kaedah pencarian melalui anjing pengesan bomba dan PDRM.
"Kita akan buat beberapa 'spot' jika ada kemungkinan kita nak buat selaman hari ini dibantu oleh PDRM," katanya.
Beliau berkata pasukan penyelam berkenaan telah bersedia di kawasan SAR namun khidmat dan kepakaran mereka tidak dapat diatur gerak berikutan keadaan cuaca dan kondusi yang tidak sesuai sebelum ini.
Katanya lagi keadaan cuaca pada ketika ini juga semakin baik selain paras sungai juga dalam keadaan normal.
Beliau berkata usaha mengesan dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, masih giat dijalankan.
Menurut Azman seramai 174 kekuatan digerakkan dalam operasi yang bersambung jam 9 pagi tadi dengan merangkumi jarak 36 kilometer.
Topic Berkaitan
#tragedi kepala air
#SAR
#selaman
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan