KUALA LUMPUR: Pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak mendapat manfaat di bawah agensi itu sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan ketika bekerja, kata Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Mohammed Azman Aziz.
Berikutan itu, Mohammed Azman berkata Perkeso kini sedang mengenal pasti waris pekerja warga asing yang terlibat dalam insiden di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras, Isnin lepas, untuk proses pembayaran manfaat.
"Perkeso tidak menunggu waris mangsa datang (ke Perkeso) untuk proses tuntutan sebaliknya Skuad Perkeso Prihatin yang turun padang mendapatkan butiran mangsa untuk bayaran," katanya kepada pemberita selepas meninjau Mini Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia untuk orang kurang upaya (OKU) di Wisma Perkeso, di sini hari ini.
Jelasnya, pekerja asing yang mencarum dengan Perkeso layak mendapat faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pekerja Asing dan jika melibatkan kematian, waris boleh menuntut Faedah Orang Tanggungan.
Dalam kejadian pagi Isnin lepas, tiga lelaki warga China maut, manakala seorang rakyat tempatan cedera parah selepas komponen kren pembinaan projek Lebuh Raya SUKE terjatuh dan menghempap sebuah kereta Perodua Bezza dari ketinggian 120 kaki.
BACA: Insiden kren SUKE: Mangsa cedera parah masih di ICU
Sementara itu, menyentuh tentang mini karnival selama satu hari itu, Mohammed Azman berkata program tersebut dilaksanakan khusus bagi golongan OKU untuk mendapatkan pekerjaan secara temu duga terbuka.
Beliau berkata sebanyak 659 kekosongan jawatan ditawarkan oleh sembilan majikan yang menyertai karnival itu, meliputi beberapa bidang termasuk sektor perkhidmatan pelanggan.
BACA: Tragedi kren SUKE: NIOSH lakukan kajian terperinci
Pada masa yang sama, rata-rata individu OKU yang ditemui berpuas hati dengan penganjuran karnival itu yang dilihat dapat membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya dalam keadaan negara masih berdepan impak penularan COVID-19.
Bagi individu kurang upaya fizikal K.Hima Koles Sri, 22, berkata program itu membuka peluang pekerjaan untuknya kerana sebelum ini kebanyakan majikan yang ditemui tidak mahu menggajikan pekerja dalam kalangan OKU.
"Hari ini, ada majikan yang mahukan pekerja OKU...saya harap lagi banyak majikan cari pekerja OKU dan tidak pandang rendah pada kami," katanya.
Lam Wei Lip, 42, yang kehilangan pekerjaan susulan Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula berkata bukan sahaja pekerjaan, malah calon yang hadir untuk program itu turut diberi pendedahan awal bagi menghadapi proses temu duga dan kemahiran komunikasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021
Perkeso kini sedang mengenal pasti waris pekerja warga asing yang terlibat dalam insiden di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras, Isnin lepas, untuk proses pembayaran manfaat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.