awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi London: Penubuhan KSCIP perlu disegerakan - Hishammuddin

Bernama
Bernama
23/03/2017
23:49 MYT
Tragedi London: Penubuhan KSCIP perlu disegerakan - Hishammuddin
Hishammuddin dan Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia Datuk Lee Chong Wei (kiri) memberi tabik hormat kepada jurufoto pada Majlis Pelancaran Aplikasi Rakam 2.0 dan Sahabat Maritim di LIMA 2017, Khamis. fotoBERNAMA
Penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) perlu disegerakan bagi mengekang berlakunya kejadian serangan seperti di London terhadap rantau ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata serangan di atas Jambatan Westminister berhampiran bangunan Parlimen Britain di London, semalam membuktikan ancaman keganasan boleh menular bukan sahaja di Eropah malah di rantau Asia dan ia tidak boleh diambil mudah oleh negara-negara di rantau ini.
"Malaysia telah memperoleh perkenan Raja Arab Saudi, Raja Salman (Abdulaziz Al Saud) yang menunjukkan keyakinan Kerajaan Arab Saudi terhadap Malaysia berkaitan ideologi naratif balas," katanya dalam sidang media sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'17) di sini, pada Khamis.
Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatnya di United Kingdom untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung kejadian serangan itu.
Dalam insiden itu, seorang penyerang ditembak mati oleh anggota polis selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berkenaan merempuh orang ramai di laluan pejalan kaki di jambatan berkenaan.
Media melaporkan selepas kenderaan penyerang berhenti setelah melanggar pagar bangunan Parlimen, penyerang itu berlari ke arah pintu masuk yang digunakan oleh Ahli Parlimen sejauh kira-kira 20 meter.
Ketika cuba memasuki bangunan itu, penyerang dilaporkan menikam seorang anggota polis sebelum dua anggota polis berpakaian biasa menembaknya.
Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam serangan oleh pelaku yang tidak dikenali itu yang telah mengorbankan lima nyawa termasuk penyerang dan seorang anggota polis serta mencederakan 40 mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman keganasan
#Hishammuddin Hussein
#KSCIP
#London
#Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi
#parlimen britain
#Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan