awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi perkelahan: Kanak-kanak hilang dihanyut ombak ditemui selamat

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
28/03/2021
17:14 MYT
Tragedi perkelahan: Kanak-kanak hilang dihanyut ombak ditemui selamat
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmood, berkata mangsa ditemui keletihan dan kesejukan. - JBPM
BACHOK: Kanak-kanak berusia 12 tahun yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi di Pantai Kandis di sini petang Ahad, ditemui ditemui terapung dan masih hidup oleh nelayan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Mohd Aman Firas Mohd Shah, ditemui kira-kira 300 meter dari daratan pada jam 10 malam, iaitu hampir tiga jam selepas dihanyutkan ombak ke tengah laut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmood, berkata mangsa ditemui keletihan dan kesejukan.
"Nelayan yang menemuinya segera mengangkatnya ke dalam bot sebelum membawanya ke jeti di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia segera dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh kira-kira jam 10.45 malam tadi," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada tengah malam Ahad.
BACA: Tragedi perkelahan: Seorang lemas, dua lagi masih hilang di Pantai Kandis
Dalam kejadian kira-kira jam 6.53 petang Ahad, seorang lelaki ditemui lemas manakala dua lagi termasuk Mohd Aman hilang dihanyutkan ombak di Pantai Kandis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Yusrizal Mohd Ghazali berkata, mayat Mohd Sahudin Mat Shaah, 46, ditemui jam 7.19 malam dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk bedah siasat.
Beliau berkata, terdahulu Mohd Sahudin yang berkelah bersama keluarga dan jiran di pantai itu telah menyelamatkan anak lelakinya yang berusia 15 tahun daripada lemas.
"Pada waktu sama, rakan anak lelakinya iaitu Mohd Aman juga hampir lemas. Mohd Sahudin kemudian sekali lagi terjun ke dalam air untuk menyelamatkannya.
"Kemudian Junai Rohafizan Juhari, 35, yang berada di kawasan itu cuba membantu dan masuk ke dalam air. Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka kemudian dihanyutkan ombak," katanya di sini, pada Ahad malam.
Topic Berkaitan
#lemas
#panta kandis
#Pulau Kambing
#Bachok
#polis
#bomba
#nelayan
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan