MALAYSIA
Tragedi Sungai Korok: KPM ambil tanggungjawab pantau tahap psiko emosional Putri Qisya
Fahdlina (kanan) menyantuni Putri Qisya ketika mengadakan kunjungan ke Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru, Alor Setar, pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan pihak sekolah untuk memberikan keutamaan terhadap aspek psiko-emosional Putri Qisya Nur Izzat, 12.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tanggungjawab itu adalah bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu sentiasa dijaga selepas kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam tragedi lemas di Sungai Korok minggu lalu.
Tambahnya, Putri Qisya ketika ini belum memulakan sesi persekolahan secara sepenuhnya memandangkan kanak-kanak itu masih dalam peringkat pemulihan emosi.
Beliau turut memaklumkan, kanak-kanak itu boleh kembali ke sekolah apabila semangat dan emosinya lebih kuat selepas ini.
"Keutamaan saya adalah psiko emosi beliau... sebab itu saya pesan tadi supaya guru besar dan guru kelas memberikan tumpuan kepada emosi beliau, ketika ini beliau cukup bersemangat,
"(Aspek pemulihan emosi) itu yang kita concern, sebab dia adalah kanak-kanak yang kehilangan seluruh ahli keluarga, saya harap concern saya itu dapat disokong dengan pemulihan emosi dan sokongan itu diberikan oleh guru kaunseling dan kaunselor sekolah,
"Saya difahamkan kaunselor JKM juga memberikan kaunseling kepada beliau dari semasa ke semasa," kata beliau.
Fadhlina berkata demikian selepas hadir menyampaikan Bayaran Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia, sumbangan daripada Yayasan Didik Negara dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah kepada kanak-kanak berkenaan di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru, di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan Putri Qisya amat bersungguh-sungguh untuk menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selepas tamat tahun enam dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Minggu lalu, Astro AWANI melaporkan Mohammad Azim Izat Ishak, 32, dan isteri, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan ditemukan maut dalam kereta dinaiki mereka yang tenggelam dalam Sungai Korok.
Enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan itu sebelum ini, dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak beberapa hari sebelum itu.

#Tragedi Sungai Korok
#Putri Qisya Nur Izzat
#psiko emosional
#Kementerian Pendidikan
#Fadhlina Sidek