awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi UiTM Dungun: ‘Bukan cuma anak, dia ibarat kawan baik saya’ - Bapa Muhammad Akmal

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/10/2024
12:28 MYT
Tragedi UiTM Dungun: ‘Bukan cuma anak, dia ibarat kawan baik saya’ - Bapa Muhammad Akmal
Md Tukirin Saringat, 60 tahun, menyifatkan anak keduanya itu sebagai seorang yang sangat ceria dan ‘penghidup’ suasana lebih-lebih lagi ketika berkumpul bersama sanak saudara. - Foto Astro AWANI
MUAR: “Dia bukan cuma anak, dia ibarat kawan baik saya,”itu luahan sayu bapa kepada Muhammad Akmal, 25, salah seorang daripada tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu yang maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Md Tukirin Saringat, 60 tahun, menyifatkan anak keduanya itu sebagai seorang yang sangat ceria dan ‘penghidup’ suasana lebih-lebih lagi ketika berkumpul bersama sanak saudara.
Menurut Md Tukiran, dia tidak menyangka hari ini dia terpaksa membawa pulang jenazah anaknya memandangkan baru seminggu lalu dia menghantar anaknya itu pulang ke kampus untuk memulakan semester baru.
“Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap ketika pulang pada cuti semester lalu dan baru seminggu saya hantar dia balik ke kampus dan hari ini saya bawa (pulang) jenazah dia.
“Dia seorang anak sangat baik, dia kawan rapat saya dan saya selalu pesan pada dia belajar baik-baik dan jangan tinggal solat,” katanya sambil menyeka air mata.
Dalam pada itu, Md Tukiran yang juga pemandu lori, mengucapkan terima kasih kepada pihak UiTM Dungun kerana menguruskan jenazah anaknya dengan sebaiknya dan selamat tiba di Kampung Parit Baru Muar pada jam 4.17 petang.
Ditanya mengenai sebarang kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu SUV, Md Tukirin bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak UiTM untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya reda dengan kejadian ini dan saya serahkan semuanya kepada pihak UiTM yang mana mereka pun cukup membantu memudahkan urusan kami dari awal bergerak ke Dungun sehinggalah jenazah Akmal dikebumikan,” tambahnya.
Pada malam Rabu, tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.
Tiga pelajar terbabit, Khairil Anwar Jamaludin, 20, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, meninggal dunia apabila dua motosikal jenis Yamaha LC135 serta Yamaha Y15 yang ditunggangi mereka dirempuh kenderaan Honda CRV dipandu seorang wanita.
Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke universiti selepas makan malam dilaporkan turut diseret hampir 60 meter.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu wanita yang dipercayai mengalami masalah mental dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.
Terdahulu, jenazah Muhammad Akmal selamat dikebumikan pada jam 5.20 petang.
Topic Berkaitan
#Tragedi UiTM Dungun
#Ku adib aizab ku azmi
#Muhammad Akmal Md Tukirin
#Khairil Anwar Jamaludin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan